Iftar 2009

Assalamualaikum w.b.t.


Berdasarkan tajuk di atas, aku rasa korang semua dah tahu dah apa yang aku nak cakapkan dalam post kali ini. Seperti tahun lepas, kita telah mengadakan Iftar a.k.a Majlis Berbuka Puasa untuk batch 2001-2005. memandangkan sambutan pada tahun lepas agak memberangsangkan, maka pada tahun ini aku rasa nak teruskan lagi program ini. Kira macam program tahunan untuk batch kitalah.


Walaubagaimanapun, program ini akan diteruskan hanya apabila aku mendapat feedback yang positif, dalam erti kata lain, ramai yang meng-confirm-kan kehadiran mereka pada hari majlis tersebut akan diadakan. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, korang bolehlah memberi feedback sama ada ingin meneruskan program ini pada tahun ini ataupun tidak. Sambil-sambil itu, sila nyatakan tarikh dan tempat yang bersesuaian. Dan sila nyatakan juga nama anda dalam mesej tersebut, sebabnya, tak semua orang punye nombor aku ada.


Bagi aku pula, kalau nak buat dalam Melaka ni, tak banyak sangat tempat yang aku fikir sesuai untuk majlis tersebut. Yang bermain dalamfikiran aku sekarang ini adalah tempat tahun lepas. Medan Ikan Bakar. Bosan? Sila nyatakan tempat lain yang dikira bersesuaian. Tarikh nanti akan aku beritahu setelah mendpat feedback dari korang semua.


Untuk memudahkan segala urusan temasuk tempahan, sila bagi feedback korang dalam masa terdekat. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan majlis tersebut dapat diadakan seminggu sebelum Raya.


Feedback korang semua boleh disalurkan melalui blog ini ataupun korang boleh je sms ke handphone aku. Sila tanya kepada kawan-kawan yang lain jika tiada nombor aku yang baru, kerana nombor lama telah dilupuskan. Tak kan aku nak letak nombor phone aku kat sini pulakan.


Perihal mengenai bayaran akan dimaklumkan setelah keputusan mengenai venue majlis tersebut dicapai. Kepada mereka yang agak kelapangan dan bosan tak ada buat apa-apa, bolehlah volunteer untuk sama-sama membantu menjayakan majlis ini.


Diharap rakan-rakan semua dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan Iftar kita pada tahun ini.

Sekian.

p/s: ni aku bg template untuk korang bagi feedback, kalau boleh ikut template ni pn senang.:

nama:
tarikh yg ingin dicadangkan:
tempat yang ingin dicadangkan:

p/s/s: InsyaAllah aku akan memberitahu perkembangan semasa mengenai perkembangan program ini kepada mereka yang memberi feedback.

p/s/s/s: Sila sampaikan perkara ini kepada rakan-rakan lain yang tidak dapat aku hubungi.

Salam. Walaupun kita telah pun beberapa hari melalui bulan Ramdhan, tapi pihak contributor blog ingin mengucapkan:


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI
DALAM BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI...

MAY ALLAH BLESS US ALL!