Jemputan Kahwin!!!


Zulyanah Binti Md Isa
&
Mohd Rizam Bin A Samat

Semua dijemput hadir untuk sama-sama meraikan Majlis Persandingan kedua mempelai pada 6 Jun 2009 bersamaan dengan 13 Jamadilakhir 1430 Hijrah.

Majlis akan diadakan di alamat  342, Felda Bukit Senggeh, 77100 Asahan, Melaka.

Aku mewakili Zulyanah menjemput semua rakan-rakan, guru-guru S.M.K Tun Perak, khasnya, dan rakan-rakan yang mengenali beliau, amnya, untuk hadir bersama pada hari tersebut.


Berikut adalah peta ke rumah Zul, sila abaikan corak2 yang pelik.. Sekian.
Sila klik untuk membesarkan

p/s: 
  1. ni 1st member kita yang kahwin ni, jika ada cadangan untuk berkonvoi, sila utarakan dalam blog ini. Sekian.
  2. Pian cakap ada orang bagi cadangan untuk buat gathering kat sekolah pada waktu pagi (hari zul kahwin) kat sekolah. Siapa yang nak bagi pendapat sila hubungi BON (asal bukan pian?) Cadangan nak buat pada jam 9.00 pagi. Aku pun tak tau siapa orang tu, tapi kalau orang tu tak ada masa hari tersebut, siap ar..

Melaka diisytihar bebas Meningitis

Semalam daripada 19 kes yang dirawat, 12 daripada mereka telah dibenarkan pulang. Pada 18 Mei 2009 sehingga jam 8.00 pagi sebanyak 7`kes masih lagi dirawat di wad isolasi Hospital Melaka. Dijangka kesemua 7 kes akan discaj pada hari ini, 18 Mei 2009 dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital. Pemantauan terhadap pelatih di akademi JPJ akan berakhir pada 17 Mei 2009. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Nota: Teruskan langkah-langkah pencegahan kerana H1N1 masih menular di Malaysia.

Penyakit Meningitis. Wabak terbaru di Melaka

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelatih JPJ dari Melaka akibat penyakit meningitis. Oleh itu, saya terpanggil untuk memberikan beberapa fakta penting tentang apa yang boleh anda buat sebagai langkah pencegahan untuk penyakit yang sedang merebak di negeri Melaka sekarang.

Sehingga jam 8.00 pagi, 16 Mei 2009 sehingga sebanyak 25 kes masih lagi dirawat di wad isolasi Hospital Melaka. Semalam, daripada 32 kes yang dirawat, 7 daripada mereka telah dibenarkan pulang. Tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

PENYAKIT MENINGITIS

Apakah Penyakit Meningitis?

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis

5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah
  • Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • Ruam pada badan
  • Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)

Rawatan Penyakit Meningitis

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Kompilasi Penyakit Meningitis

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal

  • Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
  • Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah
  • Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
  • Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
  • Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta
Selsema A, H1N1

Berikutan dengan pandemik selsema A, H1N1 yang kini sudah dua kes di Malaysia, anda juga diminta agar lebih berjaga-jaga. Pastikan anda:

  1. Pastikan anda bersin dengan etika yang betul. Sekiranya anda tidak mempunyai tisu atau hankerchief yang boleh digunakan. Lindung dengan siku anda semasa bersin.
  2. Elakkan ke tempat yang sesak dengan orang ramai.
  3. Jaga jarak anda ketika berbual-bual. Jarak kurang dari 1 meter amat tidak digalakkan kerana dua penyakit ini hanya menular kepada mereka yang hampir dengan pesakit melalui titisan hidung dan mulut seperti batuk dan bersin serta sentuhan titisan tersebut
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Yusri Arif
Pelajar Tahun 3
Kuliah Perubatan
Universiti Kaherah, Mesir