WELCOME 2009!

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita diberi peluang untuk hidup di dalam tahun baru, tahun 2009.

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai di antara kita yang beriya-iya untuk membina azam baru. Telah menjadi sinonim bagi setiap umat manusia untuk menanam azam baru pada setiap tahun. Apakah azam anda semua? Semestinya, bila kita dah memasuki alam dewasa, azam kita pun mesti lagi matang berbanding dahulu. Mesti ada diantara kita yang berazam untuk berkahwin dalam tahun ni? Agak2 sape la yang ada azam ni, heheheheh. Ada jugak yang berazam untuk cuba dapatkan gaji lebih (ni aku tujukan khas untuk wak, huhuhuhu). Ada juga yang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, di samping untuk mencapai cita-cita kita selama ini. Ada juga yang berazam untuk berhenti merokok (tak tau azam ni 'jalan' ke tak, tapi kita mesti sokong sesiapa yang nak berhenti merokok, kerana merokok boleh mengakibatkan banyak masalah, kesihatan mahupun kewangan ~khas untuk koe and others~).  Mungkin ada juga di kalangan sahabat-sahabat kita yang berazam untuk mendapatkan at least sorang makwe/pakwe dalam hidup mereka, huhuhuhuhu (khas untuk yang berada di UTP, hehehehehehe).

Aku rasa itu je azam2 tahun baru yang dapat aku fikirkan yang mungkin korang semua fikirkan. Tapi, apa-apa pun, dalam tahun baru, tahun 2009 ni, aku berharap agar persahabatan kita akan sentiasa terjalin dan walau apa jua badai dan malapetaka yang menimpa diri kita, yang mungkin mampu memutuskan tali persahabatan itu, harapan agar kita semua dapat bersatu padu, dan saling mempercayai di antara satu sama yang lain. Oleh itu, aku mewakili para contributors blog fivereligionone05 ingin sekali lagi mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT 
TAHUN BARU
"2009"
PS: kalau nak buat reunion sekali lagi, inform2 la kami kat luar negara ni :-)

1 comments:

  K0_E

Monday, January 12, 2009 1:45:00 PM

ahahaha...
thanx for the reminder faiz...
will work for it... :D

Post a Comment