Bancian untuk Perjumpaan Beramai-ramai

Berpandukan kepada idea asal En. Khalil yang mengajak kita keluar berkumpul beramai-ramai setelah sekian lama tidak berjumpa, maka aku nak buat sedikit bancian memandangkan kita semua belajar di merata-rata tempat.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan,

  1. En. Mustaqeem mahukan perjumpaan tersebut dibuat pada hari Sabtu dan Ahad kerana beliau cuti pada hari tersebut. Kalau boleh 27 atau 28 September (puasa), 4 atau 5 Oktober (raya)
  2. En. Marzuki mahukan tarikh antara 27 September hingga 7 Oktober kerana UTP cuti pada tempoh tersebut.
  3. En. Faiz mahukan tarikh antara 10 September hingga 12 Oktober kerana beliau sedang bercuti panjang pada tempoh tersebut.
  4. En. Akmal akan berangkat ke Mesir selewat-lewatnya 16 Oktober.
  5. Aku juga akan berangkat ke Mesir pada 16 Oktober.

Setelah ditambah, tolak, darab & bahagi, inilah sajalah pilihan tarikh yang kita ada:
  1. 27 September (Sabtu)
  2. 28 September (Ahad)
  3. 4 Oktober (Sabtu)
  4. 5 Oktober (Ahad)

Jadi, korang semua nyatakanlah tarikh yang memuaskan hati sendiri. Kalau tak puas hati pun takpe, nyatakan juga cadangan korang. Kita masih dalam peringkat perbincangan. Belum tetapkan apa-apa lagi.

Sila nyatakan sekali tempat yang anda cadangkan. Setakat ini,
  1. Medan Ikan Bakar Pernu (Umbai) - cadangan En. Faiz
  2. Al-Qasame Bakery & Cafe, Jasin - cadangan En. Akmal
  3. KFC Jasin - cadangan En. Akmal
  4. Mahkota Parade - cadangan En. Faiz (makan, wayang, bowling, shopping)

Hebah-hebahkan kepada rakan-rakan sekumpulan, sekuliah, sekelas, semaktab, sekolej, sekampus, sebilik, serumah, seasrama sekampung, sekawasan, sedaerah, senegeri, senegara, sebangsa, seagama, sebudaya mahupun yang sebahasa dengan anda.

Nyatakan sokongan & bantahan.

Pemberitahuan....

Assalamualaikum warahmatullah..adalah dimaklumkan bahawasanya(alamak..macam majlis rasmi plak..)..Aku sebenarnya nak beritahu korang semua yang aku dapat sambung belajar kat Universiti AL Azhar,Cairo tahun ni.Aku apply guna result Stam(aku dapat mumtaz) aku last year.So Alhamdulillah aku berjaya le.Memandangkan aku pun dah lama tak jumpe kawan2 tun perak,so kalau buat reunion aku setuju sangat2 la..tempanye biarlah semua geng2 senang datang..cam last year korang buat kat mc pun aku tak dapat datang..tentang cadangan nak wat kat umbai tu,ada sorang ex student 5A1 yang dok kat Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh sangat2 tak puas hati..aku tak taula pe pandangan dia..tapi tak silap aku dia tak bagi cadangan pape pun,just marah2 je.hahaha.so kalu korang nak buat kat umbai pun,buat la.aku tak kisah pun.member kita sorang tu marah sebab felda tu jauh kan.malam2 banyak h****..so dia nak buat siang.dan korang pulak nak buat bulan puasa,so kalau jumpe siang kurang meriahlah kan?tak kisahla..kat KFC jasin pun ok.tak pun,kat al qaseme bakery and cafe..haha..ikut majoriti la..teruskanlah bagi cadangan ye..jangan gaduh2 dahla ye..tata.

p/s:flight aku dijangka 16hb oktober 2008.

Perjumpaan Semula a.k.a Reunion

Salam..

Atas permintaan ramai, aku bercadang untuk mengadakan satu reunion..
Walaubagaimanapun, kebanyakan rakan2 kini berada di Universiti.. Oleh itu, aku memerlukan pendapat, cadangan dan respon secepat yang mungkin daripada semua bagi menjayakan majlis ini.

Sila nyatakan tarikh, waktu dan tempat yang bersesuaian untuk majlis tersebut dijalankan. Korang bole je reply comment kt post ni atau pn kat chatbox sblah ni ha..
Cepat2 la bg respon yerp..

sekian.