One Liter of Tears

Salam,



Kebelakangan ni aku sibuk, tapi dalam kesibukkan aku sempat jugak aku layan drama Jepun lepas penat studi. "One Liter of Tears". Memang best citer dier, confirm nangis ar... Sedih gler. Tapi point aku blogging kat cni bukan untuk citer bende ni.



Aku tibe2 terpikirkan mase depan blog ni, adakah terbengkalai begitu saje satu ari nanti atau meriah bile masing-masing tamat belajar. Mungkin juga akan ditukarkan namanye satu ari nanti memandangkan, name blog ni skang terlalu mengkhususkan kepada pelajar kelas 5A1 batch 2005. Sedangkan pelawat mungkin adalah pelajar-pelajar SMK Tun Perak, Jasin secara umumnye. Mungkin satu mase nanti boleh juga digabungkan dengan usahasama cikgu2?



Setiap perkara yang kite buat dalam hidup kita mesti ada kesudahannya satu ari nanti. Aku bukan bermaksud untuk tutup blog ni serta-merta berkuatkuasa dalam temph terdekat ni. Sebaliknye aku terasa rugi kalau kita mengabaikan blog ni. Terasa sia-sia usaha sahabat-sahabat mase skola dulu.



Mungkin sesiapa yang ambil jurusan multimedia bleh membuat blog ni supaya lebih interaktif? Mungkin kerana bosan kita tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara. Lantas blog ni terabai. Tidak bermaksud untuk menyentap sesiapa, malah nak mengajak korang menentukan matlamat dan masa depan blog ni.



Oh ya, kite ade lagi satu usaha untuk mengumpul pelajar-pelajar Tun Perak. Meh same2 join FRIENDSTER GROUP, Tun Perak. Try this link, kalau tak berjaya, korang taip friendster kat address toolbar browser korang, kemudian tekan butang Ctrl+Enter. Pastu search group, Tun Perak.



Kesempatan ni jugak aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Tahun Baru 2007, Selamat Tahun Baru Hijrah 1428, Selamat Tahun Baru Cina dan selamat hari-hari memandangkan aku takde peluang nak bermesej-mesej macam korang kat Malaysia, SMS less than 25cent. Mustahil gler kat cni nak antar mesej kat member untuk menyatakan tanda setuju dengan menaip satu huruf k dan send. 1 SMS costs for 50piasters.





powered by performancing firefox