SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

AKU BAGI PIHAK CONTRIBUTORS BLOG INI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMA SEKALI KEPADA SEMUA EX-FORM 5A1 2005. GOOD LUCK SEMUA...
SALAM...

Afternoon Brainstorm...Kawan

Fenomena di sekeliling aku membuatkan aku rasa nak blogging.Aku baru je abis study.Tiba-tiba je rasa nak blogging.Sebenarnye dah lama dah aku nak letak title ni tapi masih tercari-cari waktu yg sesuai.Hmm..rasanya bolehlah sekarang.Okey,kembali ke tajuk asal.Kawan....
Kawan menurut Kamus Dewan Bahasa ialah mereka yg bersama-sama dengan kita,tak kira kat mana-mana pun.Begitulah..Juga boleh dikatakan yang rapat dengan kita,teman dan lain-lain.Menurut kamus Websters pulak,friend means one attached to another by affection and esteem,or intimate associate,or supporter.Kamus arab??Tak sempat cari laa..
Sebenarnye aku bukan nak bahas dari segi maknanya saja tapi disebaliknya.Cuba kita sama-sama renungkan,apakah erti kawan bagi kita semua??????????
Bagi korang la..kawan tu macam Maagi mee ke sebagaimana yg terdpat dalam mesej yang aku dapat from izzati.Makanan di kala susah dan melupakannya di watu senang.Ye ke?Cuba fikirkan,kalau kita yang jadi Maagi mee tu,bila dilupakan adakah kita akan berasa sedih?Senang cerita laa..Ada member kita jumpa kita mintak duit.Katanya susah,dll.Pastu suruh buat assignment pulak.Pastu suruh tanda attendance dan macam-macam lagi.Boleh kata kita ni segalanya buat dia.Lama-lama bila dia senang,hmm...,tak peduli pun kat kita.Tanya khabar pun tak.Malahan,tegur pun takde.Lebih kurang cam Maagi mee tadi tu.Korang yg jadi Maagi mee tu tak dipandang pun kat supermarket.Walaupun new stock.Hehehe..
Aku tak mau tuju kat sape-sape pun tentang tulisan aku ni.Cuma diadaptasi daripada temuramah dgn member aku.Cuma muhasabah diri masing-masing.Ada member yang nak duit baru jadi kawan.Ada macam-macam orang kat dunia ni.Ada hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnye..cuz aku tak hafal.."siapa yang berkawan dgn penjual minyak atar,maka dia akan berbau wangi dan siapa yang berkawan dengan tukang besi,maka dia akan berbau sepertinya.Kalau faham hadis ni,kita tau la yang kawan ni memang penting dlm hidup kita.Kita bukan hidup lama.Ada lagi kehidupan yang lebih panjang.So,beringatlah wahai sahabat-sahabatku.Takkan nak berkawan kat dunia je beb!!!!Berdoalah untuk rakan-rakan anda.Jangan jadi macam cerita Maagi mee tu.

Kes murtad ni negara ni yang semakin meruncing merisaukan banyak pihak.Aku dapat banyak laporan tentang gerkan misionari agama-agama lain yang semakin giat menyebarkan dakyah mereka.Sebagai muslim apakah tindakan kita dalam menangani masalah ini?Baru-baru ni,ada laporan tentang penyebaran bible versi bahasa Melayu.Disebarkan ke sekolah-sekolah rendah agama plak tu.Apa dah jadik dengan negara kita ni?Orang yang bukan dari golongan ulama bukan main petah cakap pasal Islam sewenang-wenangnya.Holy water pun dah boleh dapat free.Kita semua kena sensitif dengan perkara ni.Takkan nak jadik cam Indonesia plak.Satu rumah ahlinya anut macam-macam agama.Bapaknya Islam,maknya buddha,anaknya kristian dan cucunya pulak free thinker.Mampuslah gitu.Kalau korang nak tau itulah yang dimaksudkan dengan pluralisme.Idea yang dibawa masuk ke negara kita oleh misionari khususnya sisters in islam (SIS) yang kononnya memperjuangkan hak wanita Islam.Banyak lagi NGO yang memperjuangkan wadah yang sama.Perhatikan sahabat-sahabat anda.Sayangi mereka.Aku rasa dah banyak dah ni..Okey lah sebagai pesanan terakhir,berdoalah selalu untuk rakan-rakan anda yang seIslam supaya Allah S.W.T sentiasa melindungi akidah kita semua.That's all for now.

Pengumuman!

Kepada peminat setia drama "Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul", saya telah pun meneruskan perjalanan cerita tersebut. Selamat membaca di blog saya....

Cinta Poligon-Episod 5

Penangguhan novel bersiri ini membuatkan aku bertambah boring.So,aku telah menulis episod yang baru untuk meneruskan lagi karya aku dengan Marzuki ini.Sila ke blog aku untuk membaca episod baru.Aku berharap sangat korang dapat berikan komen yang dapat lagi meningkatkan kualiti novel ini.Selamat mambaca!