KALENDAR AKADEMIK 2006/2007 (PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN)

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KALENDAR AKADEMIK 2006/2007
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN


SEMESTER I

AKTIVITI - BILANGAN MINGGU = TARIKH


Pendaftaran - 1 minggu = 15/05/06 – 21/05/06
Kuliah - 10 minggu = 22/05/06 – 30/07/06
Cuti Pertengahan Semester - 2 minggu = 31/07/06 – 13/08/06
Kuliah - 10 minggu = 14/08/06 – 22/10/06
Minggu Ulangkaji - 1 minggu = 23/10/06 – 29/10/06
Peperiksaan - 1 minggu = 30/10/06 – 05/11/06
Cuti Antara Semester - 1 minggu = 06/11/06 – 12/11/06

SEMESTER II

AKTIVITI - BILANGAN MINGGU = TARIKH


Kuliah - 10 minggu = 13/11/06 – 21/01/07
Cuti Pertengahan Semester - 1 minggu = 22/01/07 – 28/01/07
Kuliah - 10 minggu = 29/01/07 – 08/04/07
Minggu Ulangkaji - 1 minggu = 09/04/07 – 15/04/07
Peperiksaan - 1 minggu = 16/04/07 – 22/04/07

TAMAT PROGRAM

Tarikh Penting:

a) 25 - 26 Julai 2006 (Ujian Pertengahan Semester I)
b) Ujian MUET:
i) 10 – 12 Oktober 2006 dan 16 – 18 Oktober 2006 (Speaking)
ii) 11 November 2006 (Listening, Reading and Writing)
c) 16 – 17 Januari 2007 (Ujian Pertengahan Semester II)

Cuti Am:

1 Mei 2006 - Hari Pekerja
12 Mei 2006 - Hari Wesak
30 – 31 Mei 2006 - Pesta Menuai (WP Labuan dan Sabah)
1 – 2 Jun 2006 - Hari Gawai (Sarawak)
3 Jun 2006 - Hari Keputeraan SPB Yang di Pertuan Agong
31 Ogos 2006 - Hari Kemerdekaan
21 Oktober 2006 - Hari Deepavali
24 – 25 Oktober 2006 - Hari Raya Aidil Fitri
25 Disember 2006 - Hari Krismas
31 Disember 2006 - Hari Raya Qurban
1 Januari 2007 - Hari Tahun Baru
20 Januari 2007 - Maal Hijrah
1 Febuari 2007 - Hari Wilayah Persekutuan
19 Febuari 2007 - Tahun Baru Cina
31 Mac 2007 - Maulidur Rasul

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://apps.emoe.gov.my/bmkpm/
For more information, log on to http://apps.emoe.gov.my/bmkpm/

Terima Kasih Daun Keladi

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh anda semua yang sudi melawat blog ini. Sesudah lebih setahun kami bertapak, kami mampu menjangkau 4000 orang pelawat. Kini, kami mempunyai 9 orang penyumbang. Sebagai menghargai sokongan anda semua, kami akan berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti blog kami. Kami bukanlah graduan teknologi maklumat untuk menghasilkan laman web yang sempurna, kami hanyalah pelajar belasan tahun. Walau bagaimanapun, kami akan terus berusaha untuk menghidangkan santapan minda yang terbaik anda. Terkini, kami telah menjemput Guru Kaunseling sekolah kami (Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin, Melaka) Puan Rogayah bt Sulaiman untuk mengendalikan ruangan kaunseling di FiveReligionOne05's Forum. Hal ini memang merupakan berita baik bagi kalangan remaja yang hidup dengan penuh cabaran. Apa tunggu lagi? Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengguna di FiveReligionOne05's Forum, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Luahkan masalah anda, kami ada cara untuk membantu. Hasrat kami adalah untuk menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan modal insan seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9. Kami mengalu-alukan sokongan yang berterusan daripada anda. Sudi-sudilah mengundi kami di MalaysiaTopBlog. Sebarang cadangan atau komen yang ingin diberikan bolehlah dilemparkan di fivereligionone05@yahoo.com
Sekian, terima kasih.

Pusat Matrikulasi Pahang

PENGENALAN

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah satu kolej matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pembinaannya bermula dari bulan Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2003.Kawasan kolej ini adalah seluas 75 hektar berhampiran Pekan Gambang. Dibuka pada 1 Mac 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 1857 orang dari seluruh negara pada 5 April 2003

Dari segi kedudukannya, Kolej ini terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Jarak diantara bandar Kuantan pula hanyalah 35 km dan terdapat perkhidmatan bas yang berulang alik diantara Kolej Matrikulasi Pahang dan bandar Kuantan.Kolej ini juga akan berada berhampiran dengan Lebuh raya Pantai Timur mula dibuka pada Disember 2004.

PENTADBIRAN

Pentadbiran Kolej Matrikulasi Pahang diketuai oleh seorang pengarah iaitu Tn Hj Muhamad@Hasnan Bin Ismail. Disamping itu juga segala pentadbiran akan dibantu oleh Ketua-ketua Jabatan, Penolong-penolong Pengarah serta Pegawai Eksekutif Kanan.

LOGO DAN WARNA

Terbahagi kepada beberapa bahagian yang mempunyai maksud tersendiri:

  • Atom:melambangkan sains adalah teras kehidupan. 3 helaian muka surat melambangkan 3 sumber ilmu - Guru (Pensyarah), Buku dan Persekitaran.
  • Buku melambangkan ketinggian martabat ilmu
  • Garisan yang berselang-seli dengan huruf KMPh melambangkan produk (pelajar) KMPh yang boleh bersaing dengan dunia luar
  • Tiga garisan melambangkan 3 kursus di Kolej Matrikulasi Pahang (Hayat, Fizikal dan Perakaunan)

DIKSRIPSI WARNA

  • oHitam: melambangkan kemampanan jati diri setiap individu di KMPh
  • oPutih: melambangkan keluhuran budi pekerti warga KMPh
  • oKuning Keemasan : melambangkan keunggulan Kolej Matrikulasi Pahang
  • oMaroon : warna rasmi KMPh

MOTTO KOLEJ

“Peneraju Kecemerlangan”

BUDAYA KOLEJ

  • Cintakan ilmu
  • Mementingkan kecemerlangan dan kualiti
  • Saling hormat menghormati
  • Menghormati ketua
  • Menepati masa
  • Kesegeraan dalam melaksanakan tugas
  • Bekerja dalam satu pasukan
  • Mengutamakan kebersihan dan kekemasan
  • Mesra pelanggan
  • Bersyukur dan berterima kasih

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Kolej Matrikulasi Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan kolej yang efisien dan efektif selaras dengan kehendak pelanggan kami
  2. Memastikan pelajar lulusan kolej kami berkelayakan memasuki kursus-kursus terpilih universiti
  3. Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, pusat sumber,dan peralatan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna setiap kali ia perlu diguanakan.
  4. Memastikan kemudahan asrama berada dalam keadaan yang lengkap dan kondusif.
  5. Memastikan kemudahan ko-kurikulum, kebajikan dan rekreasi pelajar mencukupi dan berada dalam sempurna setiap kali ia perlu digunakan
  6. Memastikan semua pelawat yang berkunjung ke kolej ditemukan dengan pegawai berkenaan dalam tempoh lima belas minit.
  7. Mengambil tindakan serta merta membantu pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, peribadi dan gangguan emosi.


Latar Belakang Program Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Teknologi dan Perakaunan.

Program Pra-Universiti ini telah dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza dan hasil dari program pra-universiti ini telah melahirkan banyak cendakiawan dan tenaga mahir dalam bidang profesional dan kritikal.

Langkah KPM mengambilalih Program Matrikulasi merupakan satu tindakan yang wajar bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (Perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran Mara Bangi. Kolej Matrikulasi Melaka di Londang dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Kolej Matrikulasi Melaka dapat menampung 3000 orang pelajar, manakala Kolej Matrikulasi Labuan sejumlah 500 orang pelajar dengan menggunakan kampus sementara di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tambahan 3 kolej telah mula beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi 2002/2003, kampus tetap Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat / kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Gagasan Penubuhan BMKPM bermula pada September 1998, untuk menyeragam dan menyelaras semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA. Objektif BMKPM selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara. BMKPM kini telah melangkah ke tahun ke-6 sejak penubuhannya dan telah membuat sebanyak 8 ambilan bermula tahun 1999 hingga tahun 2004.

Walaupun Program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. Dari peringkat awal Bahagian Matrikulasi ditubuhkan sehingga kini, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia berada di landasan dan hala tuju yang betul. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menjejaskan kuantiti dan kualiti pelajar bumiputera dan berorientasi untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan lebih beriltizam. KPM telah diberi tanggungjawab yang berat dalam usaha Kerajaan memperbanyakkan lagi lulusan Bumiputera yang layak mengikuti pengajian di peringkat Ijazah pertama khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi.

dipetik daripada laman web KPM.

Tawaran Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kolej Matrikulasi Melaka

  1. Azizan bin Pungut
  2. Mohd Ridzuan bin Roslan
  3. Muhammad Akmal bin Zainal Abidin
  4. Rafidah bt Abu Kasim

Kolej Matrikulasi Johor
  1. Farra Nadyia bt Norahmad
  2. Mohd Sobre bin Md Yunos
  3. Nurul Izzati bt Zakaria
  4. Siti Munirah bt Jamalthin
  5. Yusri Arif bin Sapaee

Kolej Matrikulasi Pahang
  1. Faiz bin Parman
Kolej Matrikulasi Perak
  1. Muhammad Marzuki bin Muhammad Kamal
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  1. Siti Rafhanah bt Saponit
  2. Syarafina bt Yaacob
Kolej Mara Kuala Nerang (Perakaunan)
  1. Nurul Husna bt Abdul Manaf

Akan diberitahu pada 30 Mei 2006
  1. Arifah bt Ibrahim
  2. Syazana bt Abd Aziz
  3. Nordeen bin Sani
  4. Saharudin bin Mat Diah

NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRY

Panduan Mukmin (sempena Maulidur Rasul 1427H)

Antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat Abu Sa'id Al-Khudry ialah: 'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua penguasa di sana. Dia memandang bagaimana kamu berbuat. Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.

Ingatlah! Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaranNya untuk mengatakan yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.

Ingatlah! Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan yang berbeza-beza. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan mukmin. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.

Ingatlah! Antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada pula yang tidak cepat marah dan tidak cepat menguasai diri. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah! Antara mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah. Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah tetapi cepat menguasai diri. Dan yang paling jelek dan antara mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.

Ingatlah! Antara mereka ada yang baik dalam membei dan meminta. Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta. Ada pula antara mereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah, di antara mereka ada yang buruk dalam memberi, buruk pula dalam meminta. Ingatlah, yang paling baik di antara mereka adalah yang baik dalam memberi dan baik pula dalam meminta. Dan yang paling jelek di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam meminta. Ingatlah! Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara di dalam hati Bani Adam. Bagaimana kalau kamu melihat kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya yang menegang? Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.

Maulidur Rasul 1427H

KEPADA SEMUA WARGA 5A1 2005 SERTA PARA PENGUNJUNG BLOG INI, SAYA MEWAKILI PIHAK PENERBIT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DAN SELAMAT BERCUTI PADA HARI INI. DIHARAPKAN AGAR SEMUA UMAT ISLAM DAPAT MENJADIKAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK. AMALKANLAH SEGALA SUNNAHNYA DAN BERSELAWATLAH KE ATAS NABI MUHAMMAD SENTIASA.
Al-Fatihah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.............

Khutbah Jumaat:: Maulidur Rasul

Tarikh: 7 April 2006

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan kita perlu yakin bahawa Allah berjanji ganjaran pahala dan kejayaan besar kepada orang-orang yang taat akan tetap dilaksanakan oleh-Nya

Kaum muslimin yang berbahagia,
Pada hari Jumaat yang penuh rahmat ini sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa kebenaran serta membawa berita gembira bagi orang mukmin dan berita buruk bagi orang yang ingkar. Semoga selawat dan salam tercurah kepada nabi besar kita Muhammad SAW yang telah membawa amanah serta menyampaikan risalah kepada kita.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Sebagaimana yang kta sedia maklum bahawa setiap kali menjelang bulan Rabiul Awal yang dikenali dengan bulan Maulud. Umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan upacara memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagi umat Islam di negara kita Malaysia, mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi. Antara lain bertujuan untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ia memberi suatu pengertian yang bermakna demi keagungan baginda yang telah berjuang menanam imej Islam dalam masyarakat. Baginda tidak mengenal erti kepayahan dan kesengasaraan bahkan kepayahan inilah yang menjadi intipati kepada kecemerlangan Islam.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Oleh yang demikian, amat wajar bagi umat Islam seluruhnya memperingati hari bersejarah ini, iaitu hari kebesaran pemimpin agung yang telah membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan mengeluarkan dari alam kekufuran kepada nur hidayah yang mengesakan Allah SWT. Usaha-usaha yang dibuat oleh Rasulullah SAW melalui sifat-sifat baginda yang mulia itu telah membuatkan para bijak pandai dari kalangan Islam mahupun yang bukan Islam, para cendiakawan, para alim ulama' dari seluruh dunia telah bersepakat mengatakan riwayat hidup dan perjuangan Rasulullah SAW daripada kecil hingga akhir hayatnya adalah yang paling banya diperkatakan, ditulis, diteliti dan dikaji daripada segenap segi dan sesuai untuk dijadikan ikutan, panduan dan sebagai 'role-model' dalam usaha manusia membentuk muslim yang bertaqwa. Kita percaya bahawa jika kita menerima pakai atau mengikut sifat-sifat mulia yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW nescaya tidak akan wujud masalah dalam masyarakat, tidak pincang dalam pengurusan, tidak timbul pergaduhan keluarga dan lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Dalam kita memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW, apakah yang patut menjadi perhatian kita terhadap baginda? Antaranya yang kita perlu ambil perhatian terhadap Rasulullah SAW ialah kepimpinan baginda terhadap agama dan umat Islam yang mana ini menjadi suatu rahmat bagi kita sepertimana firman Allah SWT dari Surah Al-Anbiyaa, ayat 107. Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Antara rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah baginda Rasulullah dapat mendamai dan menyatupadukan masyarakat Arab Jahiliah yang biadap, bengis, kasar dan kejam kepada suatu masyarakat yang bersopan santun, berbudi bahasa dan berkasih sayang. Baginda Rasulullah dapat membawa masyarakat Arab Jahiliah ketika itu dari alam kekufuran dengan menyembah pelbagai berhala, kepada keimanan dan mentauhidkan Allah. Jelasnya rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu ialah agama Islam.

Kaum muslimin yang dimuliakan,
Selama 23 tahun Rasulullah SAW menyeru masyarakat Arab di kota Mekah dan Madinah kepada ajaran Islam dengan tidak berhenti-henti, seruan demi seruan akhirnya tertegaklah Islam ke seluruh dunia hinggalah sampai ke zaman kita sekarang ini. Alhamdulillah telah pun sama-sama kita rasai nikmat 'Iman dan Islam'. Selama 23 tahun Rasulullah SAW memupuk semangat perpaduan dan berkasih sayang sesama manusia, tetapi amat mendukacitakan kita kerana masih ada dari kalangan masyarakat kita kurang memahami prinsip perpaduan yang dikehendaki dalam Islam, menyebabkan perpaduan menjadi perpecahan, kasih sayang menjadi benci membenci dan sebagainya. Semua ini dapat dielakkan oleh umat manusia melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW".

Kaum muslimin yang dihormati sekalian,
Memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW bukanlah dengan hanya mengadakan majlis-majlis sambutan, ceramah-ceramah atau perarakan sahaja, malahan apa yang paling dituntut ialah sejauh mana kita menghayati dan mengikut segala ajaran serta amanah-amanah yan g telah disampaikan oleh rasul junjungan kepada kita. Kita kesal kerana terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab sanggup menghina nabi junjungan kita dan kita umat Islam seluruhnya mengutuk sekeras-kerasnya dengan perbuatan yang melampau ini. Kaum muslimin sekalian, telah jelas kepada kita Rasulullah SAW iaitu pemimpin agung dunia dan menjadi kewajipan kepada kita supaya mengambil pengajaran dengan menghayati kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah SAW melalui contoh-contoh dan tauladan uang telah disampaikan. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak".

INFO!!!

PUSAT GIATMARA MELAKA AKAN MENGADAKAN TEMU DUGA UNTUK MENCARI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENDALAMI ILMU KEMAHIRAN.
BORANG BOLEH DIPEROLEHI DI SEMUA PEJABAT MARA SELURUH NEGARA.
SESI PENGAMBILAN YANG SETERUSNYA ADALAH PADA BULAN JULAI NIE
SESAPE YG BERMINAT MASUK AR APE LG...
KORANG KENE BAYAR RM160 JE.
BKNNYE KORANG DAPAT ILMU JE,TIAP2 BULAN KORANG AKAN DAPAT ELAUN SEBANYAK RM100 SEBULAN...
MASUK JGN TAK MASUK.......

Cinta Poligon - Episod 4

Akmal menunggu di luar bilik kecemasan dalam keadaan yang serba tidak kena. Kejap duduk, kejap berdiri. Bermacam-macam perkara yang cuba dilakukannya tetapi semuanya serba tak kena. Malah, setiap jururawat yang keluar daripada bilik tersebut, ditanya Akmal akan keadaan isterinya. Tetapi jururawat-jururawat tersebut tidak berkata apa-apa. Akmal menjadi semakin risau. Tiada apa yang mampu dilakukan Akmal selain berjalan ke hulu ke hilir. Dalam keadaan Akmal yang kacau-bilau, telefonnya berdering. Nama Marzuki terpapar di telefonnya. "Hello mal, dengar cerita wife kau masuk hospital. How's she doing?" tanya Marzuki. "I don't know la, she's still in the emergency room. I'm so worried." jawab Akmal. "Just be strong! She'll be fine." kata Marzuki. "Thanks!" jawab Akmal. "Oklah, aku just nak bagi tahu yang aku tak boleh ikut kau pergi ambil Sobry la esok. Kau kirim salam kat dia sahaja lah and if you need anything, just call me.Bye, assalamualaikum." kata Marzuki. "Baiklah, Waalaikumussalam, thanks again." jawab Akmal.

Selepas beberapa minit Marzuki telefon, seorang Doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Semasa doktor itu keluar dari bilik kecemasan, Akmal dengan sepantas kilat pergi mendapatkan doktor tersebut. Akmal seperti tidak percaya dan terkejut kerana doktor yang berada di hadapannya itu ialah kawannya semasa di sekolah menengah, Rafhanah. "Hai Akmal, buat apa dekat sini?" tanya Rafhanah. "Isteri aku ada kat dalam ER ni, Alice." jawab Akmal. "Oh, isteri kau. Aku yang check dia tadi.Mari kita masuk dalam pejabat aku dulu, kita berbincang." kata Rafhanah. Mereka berjalan pergi ke pejabat Dr. Rafhanah. Setibanya di sana, Akmal bertanya kepada Rafhanah akan keadaan isterinya. "So Raf, how is she?" tanya Akmal. "Actually, your wife is fine." jawab Rafhanah. "But she had headaches and she vomits several times. Is that seems fine to you?" kata Akmal. "She just had a normal headache and about the vomit it's because she had food poisoning." jawab Rafhanah. "Thanks raf, lega aku dengar dia tak ada apa-apa. Boleh aku jumpa dia sekarang?" tanya Akmal. "Wife u tengah tidur sekarang, I think why don't we let her rest first." jawab Rafhanah. "Bila kau start kerja dekat sini? Sebelum ini aku tak pernah nampak pun." tanya Akmal. "Aku baru 2 bulan kerja dekat sini" jawab Rafhanah. "Oh ye ke? Oklah, I think I nak pergi kat wife I la." kata Akmal. "Ok, see you later. Assalamualaikum." ucap Rafhanah. "See ya, waalaikumussalam." balas Akmal.

Sementara itu, Marzuki sedang dalam kebuntuan untuk memikirkan cara untuk mengajak Olsen pergi melawat keluarga Marzuki. Sebenarnya, Marzuki sudah bertanya kepada Ashley Olsen tetapi Ashley tidak mahu ikut bersamanya. Katanya ada meeting dengan client dari luar negara. Marzuki tahu itu hanyalah alasannya. Dia tidak mahu memaksa Olsen. Semasa Marzuki dalam kebingungan itu, telefon Motorola nya berdering, Ashley Tisdale yang telefon. "Hello, what's up?" Marzuki menjawab telefonnya dengan suaranya macam orang yang tidak bermaya. "Are you ok?" tanya Tisdale. "Nothing, I'm fine." jawab Marzuki. "Are you sure? You seems like you have something in your mind. Is there anything that I can help?" tanya Tisdale kerisauan. "Nothing really, it's just a small matter." kata Marzuki. "Takkan dengan assistance sendiri pun tak boleh nak beritahu" desak Tisdale. "Ok fine, I tell you. This weekend I nak balik rumah parents I,

tapi Mak I suruh bawa Ashley Olsen sekali. The problem is she refuse to go, she said that she has a meeting with her client. So to make it short, apa my mom kata nanti kalau bakal menantu dia tak ikut sekali." kata Marzuki. "Just say that she's busy. Sure she'll understand." jawab Ashley Tisdale. "That's what I have in mind, anyway thanks. One more thing, about playing golf this weekend, I don’t think I can go. Sorry" balas Marzuki. "It's ok. Bye, take care. Have a nice weekend" kata Ashley Tisdale. "You too, bye." balas Marzuki.

Marzuki mengeluh kelegaan walaupun dia masih risau lagi. Tiba-tiba Marzuki terfikir, "Apa sebenarnya tujuan dia telefon aku. Adakah dia hendak memberitahu aku sesuatu. Tapi yang peliknya, kenapa apabila aku ada masalah mesti dia akan telefon. Seolah-olah macam dia ada muslihat lain. Astaghfirullah al-azim, apa yang aku fikirkan ini.

"Hello, mal." kata Sobry. "Hello sob, kau dekat mana ni. Dah sampai KLIA ke?" tanya Akmal. "Belum lagi la, aku dekat sini lagi." jawab Sobry. "La, kata balik hari ini. Kenapa, tak jadi balik ke?" tanya Akmal. "Yup, aku tak jadi balik hari ini, maybe next week sebab projek belum siap lagi. Aki pergi mana? Aku call dia tak dapat pun." tanya Sobry. "Oh, dia ada cakap dengan aku yang today dia balik rumah mak dia. Maybe dia off handphone dia kot, tak nak diganggu." jawab Akmal. "Oklah, aku nak bagi tahu itu sahaja. Kalau ada apa-apa, just give me a call." kata Sobry. "Baiklah tuan Sobry, bye. Assalamualaikum." jawab Akmal. "Bye, waalaikumussalam." jawab Sobry.

Marzuki tiba di rumah maknya, matahari pada ketika itu berada betul-betul 90* di atas kepalanya menyebabkan dia terasa sakit di kepala. Marzuki menjenguk beberapa kali di tingkap rumah yang pernah didiaminya dahulu, kelihatan tiada seorang pun di dalam rumah itu. Marzuki mencapai telefonnya yang berada di dalam keretanya dan mendail nombor telefon maknya. Panggilannya tidak dijawab. Begitu juga ayahnya. Marzuki mula berasa risau. Selepas lebih kurang 30 minit Marzuki tunggu di situ, Marzuki menghidupkan enjin keretanya dan hendak bertolak balik. Baru sahaja dia hendak keluar dari perkarangan rumah keluarganya itu, sebuah kereta berwarna maroon menghalang laluan keluar tersebut. Tidak syak lagi, kereta tersebut adalah milik keluarganya. Marzuki mematikan enjin keretanya.

The Driving Test

Idioms in context

Jenny was on her way to take her driving test and she was a bundle of nerves. Despite having got up at the crack of dawn to read her driving manual once more, she felt that she knew nothing. If only she had listened to her father. ‘It’s easier to get a job if you can drive,’ he had said offered to foot the bill for the lessons. ‘I’ll think about it,’ Jenny had replied and put the idea on the back burner for some time. When she left college and started job-hunting, she discovered that her father had hit the nail on the head. There were indeed more jobs available for drivers. One of her friends was a sales rep for a publishing company and Jenny had set her heart on getting a similar job. That meant getting a driving licence. With a great deal of encouragement from family and friend she plucked up enough courage to enrol for driving lessons. ‘Learning to drive is a piece of cake,’ Jenny’s brother kept saying, but she found it quite difficult. Although her instructor, Mr Black, we sure that she would pass with flying colours at her first attempt, she herself was not so confident. However, Mr Black was right. As Jenny came out of the test centre to meet her family, she was grinning from ear to ear. She had passed. Now she would be able to apply for the job – and get a company car.

Know the Meaning

  • Be a bundle of nerves – to be very nervous.
  • At the crack of dawn – very early in the morning.
  • Foot the bill – to pay (for something).
  • Put (something) on the back burner – to delay dealing with (something), to set (something) aside in order to attend to it later.
  • Hit the nail on the head – to be absolutely accurate or exact.
  • Set one’s heart on (something) –to be very keen to get or do (something), to want (something) very much.
  • Pluck up courage/screw up one’s courage – to force one to do something, although one might be feeling afraid or unwilling.
  • A piece of cake (informal) – something very easily to do.
  • With flying colours very easily and successfully.
  • Grin from ear to ear – to smile broadly, to look very pleased or happy.