Perhatian!

Perhatian kepada semua warga 5A1 sesi 2005!
Satu drama bersiri akan disiarkan di laman web blog saya bertajuk,

'Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul'

Sila ikuti drama ini seperi mana anda mengikuti drama 'Cinta Poligon'.

http://sighnomore2.blogspot.com

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merupakan sebuah persatuan seni silat Melayu yang memiliki ciri-ciri kedinamikan berdasarkan perkembangannya sejarahnya yang sahih dan sentiasa mengikuti arus semasa. Aspirasi ini sememangnya di dokong oleh pengasas PSSCM; Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan kini disambung oleh Tuan Haji Ishak Itam.

Sepanjang tahun 2003, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 102.1 juta kepada lapan kementerian khusus bagi membantu menjayakan aktiviti badan-badan bukan kerajaan - Non Government Organisations (NGO's). Pihak NGO's yang terlibat dengan tugas-tugas kesukarelaan dan kebajikan termasuklah badan-badan silat perlu melihat peluang ini sebagai satu bonus yang dapat meningkatkan kegiatan belia di negara.

Menurut statistik tidak rasmi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), terdapat kira-kira 3 juta pesilat di seluruh negara dengan 1.33 peratus atau 40 ribu daripadanya adalah ahli yang pernah mempelajari Silat Cekak. Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Bumiputera-Islam seramai 11.7 juta orang atau 50 peratus daripada keseluruhan 23.4 juta penduduk Malaysia.

Kerajaan terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menyalurkan bantuan kepada semua persatuan yang berperanan aktif di dalam memartabatkan kegiatan sukan dan belia di seluruh negara. Justeru, para belia Malaysia yang memiliki 'kekuatan' 49 peratus dari jumlah penduduk negara harus merebut peluang ini. Malah, Silat Cekak sememangnya telah lama menyokong segala aspirasi kerajaan menggalakkan kegiatan seni silat untuk melahirkan belia yang bersifat nasionalisme dan patriotisme.

Sehingga akhir 2002, terdapat sejumlah 33,530 buah badan induk NGO's di Malaysia dengan jumlah cawangan sebanyak 62,118 buah. Majoritinya terdiri dari cawangan-cawangan parti politik dan Sabah adalah negeri terbanyak mempunyai NGO's. PSSCM sebagai NGO yang tidak berorientasikan politik pula telah berjaya membuka 110 buah kelas di seluruh negara.

Namun, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua pihak sama ada ahli-ahli persatuan ataupun sokongan pihak kerajaan dan badan-badan swasta. Kejayaan PSSCM telah didasari oleh semangat persaudaraan selain dari kecekapan kepimpinan dan sistem tadbir-urus dalaman persatuan itu sendiri. Terdapat beberapa kriteria (measurement) pengurusan yang akan menentukan kejayaan PSSCM di masa akan datang.

Pertama, 'MANPOWER' atau sumber manusia. Faktor ini memberikan kekuatan kepada persatuan untuk menjalan segala aktivitinya dengan lancar melalui penyertaan masyarakat di dalam PSSCM dan segala aktivitinya. Penyertaan ini haruslah berdasarkan komitmen dan penerimaan setiap ahli terhadap setiap cabang kepimpinan di peringkat pusat, negeri serta IPTA/S. Seterusnya kesetiaan ini haruslah bersifat kekal (maintain) agar setiap ahli lama dan baru mampu berganding bahu menyemarakkan aktiviti Silat Cekak. Justeru, setiap ahli harus berpegang kepada prinsip berjasa kepada persatuan bukannya meminta dan mengharapkan balasan dari persatuan setelah berbakti. Secara langsung konsep ikhlas mampu dilahirkan.

Kedua, 'MONEY' atau wang. Faktor ini merupakan aspek terpenting sesebuah organisasi untuk menjalankan kegiatannya. Sebagai sebuah NGO's yang tidak berorientasikan keuntungan dan perniagaan, PSSCM mengharapkan sumbangan yang berterusan dari pihak kerajaan dan swasta serta ahlinya untuk menaja kegiatan persatuan. Kekukuhan sumber kewangan banyak menentukan kesinambungan sesebuah organisasi. Reputasi yang baik, keaktifan menjalankan program serta jumlah ahli yang ramai dapat meyakinkan pihak kerajaan memberikan bantuan sewajarnya kepada sesebuah organisasi.

Ketiga 'MANAGEMENT' atau pengurusan. Faktor ini meliputi aspek tadbir-urus (govern) sesebuah organisasi. Kecekapan, ketelusan, responsive terhadap dasar semasa kerajaan dan aspirasi ahli-ahli serta bersedia mengadaptasi segala perkembangan semasa menjadi kriteria utama yang akan meningkatkan reputasi dan penyertaan masyarakat terhadap sesebuah organisasi. Para ahli akan bersikap berpuas hati dan gembira jika pihak pengurusan organisasi sentiasa melakukan pembaharuan dan bijak menambat hati para ahli melalui aktivitinya. Dengan ini semangat kekitaan dan persaudaraan dapat diwujudkan.

Keempat 'MEDIA'. Umumnya terdapat dua bentuk media iaitu media massa dan media elektronik. Kedua-duanya merupakan medium yang amat berkesan di dalam menyampaikan mesej dan imej kepada masyarakat masa kini. Perkembangan ICT memperlihatkan penguasaan media dapat membantu meningkatkan reputasi dan promosi terhadap sesebuah organisasi melalui penyebaran maklumat. Sewajarnya setiap organisasi perlu mempertingkatkan kemudahan dan kelebihan teknologi semasa seperti laman web untuk berdaya saing.

Kelima 'METHOD' atau kaedah. Bagi PSSCM, ini meliputi pelbagai aspek kaedah perancangan, pengurusan, pengarahan, penyeliaan dan pengawalan segala aspek pentadbiran dan kewangan, kaedah penyampaian mesej kepada ahli sama ada secara verbal, cetakan atau ICT; kaedah mengekalkan penglibatan ahli; kaedah pengurusan konflik; kaedah menanamkan kefahaman terhadap perjuangan Silat Cekak, pengiktirafan Silat Cekak sebagai ko-kurikulum dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini haruslah bersifat terkini dan boleh disesuaikan (practical) dengan matlamat dan perjuangan Silat Cekak.

Keenam 'MECHANISM' atau mekanisme. Ini merupakan medium yang perlu dieksploitasi sepenuhnya oleh PSSCM untuk meningkatkan penyertaan para belia Melayu-Islam ke dalam Silat Cekak. Melalui institusi yang kukuh seperti persatuan, kelab, PESAKA, Rakan Muda, institusi pengajian negara seperti sekolah, kolej, maktab dan IPTA/S, Silat Cekak mampu berkembang pesat. Namun, ia haruslah bersesuaian dengan segala peraturan yang mendokongi dan didokongi institusi tersebut.

Ketujuh 'MATERIAL' atau peralatan. Peralatan ini merangkumi segala kemudahan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi bagi memudahkan ia menjalankan aktivitinya. Ini termasuklah institusi yang lengkap dengan kemudahan seperti rumah persatuan di peringkat pusat, setiap cawangan negeri, daerah dan institusi pengajian negara. Peralatan juga termasuk segala kemudahan yang boleh disediakan atau dimiliki dengan mudah sekiranya ia diperlukan seperti peralatan pejabat, audio-video, pengangkutan, penginapan dan sebagainya bagi menjayakan segala aktiviti persatuan.

Kesimpulannya, sesebuah organisasi perlu bersedia melaksanakan pembaharuan di dalam segenap aspek pengurusan dan pentadbirannya demi meningkatkan reputasi dan penyertaan masyarakat ke dalam organisasinya. Malah, setiap organisasi yang ingin berkembang maju harus memanipulasikan segala masalahnya sebagai cabaran. Manakala setiap peluang perlu dieksploitasi sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti organisasi di dalam membangunkan masyarakat dan negara. (BC)

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

Kerajaan telah membuat keputusan supaya calon-calon yang memohon mengikuti kursus perubatan di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2006 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikehendaki mengikuti program ini sebelum dipanggil menghadiri temuduga. Tujuannya adalah untuk mendedahkan calon-calon kepada realiti sebenar kerjaya kedoktoran. Program ini akan mengambil masa selama 3 hari bermula dari 29 hingga 31 Mac 2006.

Dua orang pelajar SMK Tun Perak telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka adalah Siti Rafhanah bt Saponit dan Yusri Arif bin Sapaee. Kami dengan ini mengharapkan agar anda semua dapat mendoakan kami berjaya melepasi ujian ini.

Tempat yang didedahkan adalah
  • Jabatan Kecemasan / Kemalangan (A&E)
  • Jabatan Pesakit Luar / Klinik Pakar
  • Jabatan Pembedahan / O&G / Orthopedik
  • On-Call (bagi hospital yang ada kemudahan sahaja)
  • Bilik Mayat
  • Lain-lain

Does English Have a Future

English is the language of international trade, and has more books, films and TV programmes published than any other language.

But in the twenty-first century there are changes taking place that may affect the global dominance of English. For example, in the twentieth century, western countries helped the spread of English. They were the strongest economies. Now Asian economies are growing in strength and want to promote their own cultures and languages.

Another threat to the English language’s position is old age. The rich countries are getting older or rather their populations are made up of more old people than young people. In the future young people with money to spend will be found in Asia and Latin America rather than Europe and the US. These young adults may want to express their desires in their own languages.

The Internet is another factor. Until recently English has been the main language of the Internet, but now there is just as much content in non-English languages.

English itself is changing all the time. This has been true for 1500 years, and is even more evident today. In the past English absorbed new words from other languages. Today the worlds of telecommunications and the Internet are rich sources of new vocabulary.

Speakers of English as a second language give it a life of their own. Here English develops in ways that reflect local culture and language. It becomes different from the English spoken in Britain or the US. In France the word ‘asap’ is ‘borrowed’ from English to mean ‘quickly’. There is no such word in English, but there is an abbreviation ASAP meaning ‘as soon as possible’.

Within the first decade of this twenty first century, the number of speakers of English as a second language will outnumber native speakers. At this point, will native speakers lose their authority over a language that is no longer theirs? Does this matter?

There are many possibilities for the future. We can imagine a world where English is simply an alternative language to Chinese and Spanish. These are languages that already have more native speakers (Chinese) or are very widely used across the world (Spanish). Or we can imagine a world where English has driven many of the world’s languages to extinction.

There are many factors affecting the English language, and they all seem to be pulling in different directions. One thing seems sure for the future of English: it will be important enough over the next decade for you to invest the time learning the language!

by Yolande Devere

Keputusan SPM 2005

Keputusan SPM tahun 2005 yang telah diumumkan pada 13 Mac 2006 yang lalu benar-benar telah menggemparkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak (SMKTP). Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Namun kepada yang tidak berjaya, jangan sesekali kecewa kerana "Usaha Itu Tangga Kejayaan". Pada tahun ini, seorang pelajar SMKTP telah berjaya mendapat 12A dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan English for Science and Technology (EST).

Keputusan Pelajar-pelajar SMKTP (Updated!!) adalah:

Setakat ini sahaja maklumat mengenai keputusan pelajar-pelajar SPM 2005. Kami berusaha mengemaskini jika terdapat maklumat terbaru mengenainya. Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklumat kepada kami (jika ada) melalui emel, fivereligionone05@yahoo.com. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan kami. Tahniah sekali lagi kepada pelajar-pelajar SMKTP yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Interviews: Interview Tip #3

3. Be Yourself

Now that we've gotten the first impressions out of the way, let's sit down and talk. Over drinks, or over notes that I am scribbling. For 15 minutes, or for 3 hours. In a sterile office environment, or in McD's Bangsar, or next to the pool in a condominium complex. I might be taping your reasons WHY you want to attend The Ivy University of So-and-So, or I might be making ambiguous "Uh-huh." or "Of course." comments, while filing my nails and yawning from time to time.

Interviews are all different, but each one you attend will have one constant: you. No matter what the environment or the interviewer is like, this is essential - you must always be yourself.

When I say "be yourself" I don't mean speak to the interviewer as you would speak to your buddies. He/She is NOT your buddy; they are a figure of authority and should be treated with respect and deference. What I mean by "be yourself" is to speak decisively, to clearly state what you mean and not to lie just because lies sound better than truth, and to be SINCERE.

If you really do not enjoy math, please do not cover up by proclaiming effusively your love for triple derivatives. Instead, be sincere about what you do like - art, chemistry, history, business - do not apologize for who you are because your acceptance into a college will be based on who you represent yourself as in the interview.

I know this sounds obvious, but when you are nervous and do not really have any idea what to say in an interview, you tend to err on the side of untruth. The interviewer may ask "Why do you want to do Economics? Do you like Math?" and, thinking about the fabulously low score you got on your last Math test, you blurt out "Yes!! I've always been very good at Math!!" And what would you say after that? Absolutely nothing - because you honestly do NOT like Math, you HATE it. How can you elaborate on your untruth? You would end up sounding insincere and unpassionate about your "dream" or "interest".

In situations like this, the best thing to do would be to calmly say "I don't really like Math that much, but I do enjoy the theoretical workings of economics and thinking about its application. I would love to work on public economy and government policy - which is the reason why I'm interested in the Econs major."

In a nutshell - don't try to be the perfect interviewee, because there is no such thing. You are different and unique in your own right, and the most perfect you can be is yourself.

Source: tinkosong.blogspot.com

Interviews: Interview Tip #2

2. Other First Impressions

There's one thing that interviewers usually look out for and that's your handshake. By shaking your hand, the interviewer can make a decent guess about your character. A firm handshake, with a good grip, denotes confidence while a weak handshake denotes the opposite (of course). But, I'd advise not to overdo it. Firm handshake, but no longer than about 2-3 seconds. If not, you might seem a bit overzealous. So, yeah, handshakes do count and are a pretty good indicator of your confidence level.

Another thing that most people tend to overlook is your walking style. Do you timidly trotter into the room (check out the alliteration - haha), march military style into the room or stride into the room? A good walk, positive, head up and facing the world is usually a good sign. Slouching, dragging your feet, and a very slow walk won't be much good. The cliche term "Keep your head up" is a really useful term though. So, stride into the room, all guns blazing, head up and give your interviewer a firm handshake. Show him or her that you mean business.

Source: tinkosong.blogspot.com

Interviews: Interview Tip #1

This will be the first of a series of 10 Interview Tips, in light of the upcoming interviews for scholarships and application for universities.

1. Dress well

Clothes give the most important “first impression” that you present; therefore, it is all-important to look smart and presentable. And by that, I don’t mean dress as if you were to go clubbing. These interviewers will usually work in an office environment, and they will be used to being surrounded by people dressed in smart blouses or dress shirts. You will not make a good impression if you show up in your faded and torn, super-super-low Levi’s. For girls, knee-length skirts or dark trousers with covered-toe shoes and a loosely fitting button down shirt would be the best bet. Baju kurung would also be a good option, as most offices in Malaysia encourage their employees to wear the traditional Malay garb; however, don’t go all out and wear your special, once-a-year-only baju kurung kerawang with gold trimming. Simple clothes work best. For guys, it’s relatively easy. A nice dress shirt with trousers and black shoes, and a tie if you’re feeling particularly spiffy. Also be conscious of your entire appearance. Too-long, unkempt hair or too many facial piercings may be distracting to an interviewer.

Source: tinkosong.blogspot.com