Cinta Poligon - Episod 3

Pagi yang ceria, Marzuki bangun pada pukul 5.30 pagi untuk bersiap-siap ke pejabatnya. Kalau tidak, habislah. Kena piknik dalam keretalah jawabnya. Selepas bersolat Subuh, Marzuki terus berdoa supaya Allah memberkati dan merahmati dirinya, ibubapanya, sahabat-sahabatnya serta supaya Ashley Olsen mendapat hidayat-Nya. Amiiinnn. Kemudian dia terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan paginya. Hidangannya ala kadar sahaja, piza semalam yang dimakannya bersama-sama Akmal dan Brenda.Hendak buat macam mana, mana ada masa nak masak. Semasa bersarapan, dibeleknya kotak minyak wangi Issey Miyake yang dibelikan oleh Ashley Tisdale. Bukan hendak komen apa, memang dia tidak gemar akan jenama dari Jepun itu. Setahu Marzuki, Akmal yang meminati jenama tersebut. Tetapi, macam mana Ashley beria-ria untuk membelikannya. Entahlah, dah orang nak bagi, terima sajalah.

Lamunannya tersentak apabila nada dering telefon bimbitnya berdering. "Oh, Sobry rupanya." Assalamualaikum my friend," kata Sobry. "Waalaikumussalam," jawab Marzuki. "Aki, I will be return home next week and I hope you will be at the airport that day," kata Sobry. "Aku rasa la, baik aku ajak Akmal sekali. Dia ada Maybach sekarang. Baru standard sikit," kata Marzuki. "Suka hati kau lah. Ok lah, aku nak tidur ni. Besok ada lagi meeting. Akmal macam mana sekarang? Dengar cerita harga saham HSBC Bank naik melambung," kata Sobry. "Begitulah nampaknya. Bisnes dia makin okey sejak akhir-akhir ini. Ok lah, assalamualaikum my friend," Kata Marzuki. Perbualan mereka terhenti di situ. Marzuki terus ke biliknya untuk bersiap-siap ke pejabat. Kemudian, dihidupkan enjin kereta Porsche-nya itu. Setelah menyiram pokok-pokok bunga dia halaman rumahnya, Marzuki terus ke pejabatnya.

Keretanya itu dipecutnya laju-laju. Speed Trap pun tidak diendahkannya. Marzuki memang begitu. Semasa dalam perjalannya ke pejabat, dia melintasi Indah Garden, di mana merupakan tempat pertama dia berkenalan dengan Ashley Olsen. Tetapi entah mengapa Olsen seolah-olah menolak cintanya. Banyak khabar angin tentang kecurangan Ashley Olsen didengarnya. Tetapi dia tetap cuba bersabar dan cuba berbincang dengan Olsen. Namun, Olsen menolak permintaannya. Lagipun, Olsen banyak membantunya dalam menguruskan firma kejuruteraan itu. "Tapi mengapa pula Tisdale yang berjaya memikat hatiku? Dari mana munculnya insan sepertinya? Siapakah dia sebenarnya? Mengapa dia ke firma tempat aku bekerja ini? Siapa abang dan kakak angkatnya? Apakah motif dia cuba mendekatiku? Apa semua ini?" Bisik hati Marzuki. Bertimbun-timbun soalan dan masalah dalam fikirannya. Akmal pernah mencadangkan kepadanya untuk mengambil cuti dan pergi berehat seorang diri." Dia tu boleh lah cakap macam tu, orang dah berkeluarga. Isteri baik pula tu. Lagipun, dia antara hartawan yang termuda di Malaysia. Perkara sebegini boleh diselesaikan dengan cepat mengikut pemikirannya. Manalah dia tahu masalah aku ni. Main masuk campur sahaja," bisik hatinya lagi.

Setibanya di pejabat Akeey'sCorp, dia disambut oleh beberapa orang pekerjanya. Ashley Tisdale pun ada. Dia diberitahu bahawa seorang pakar Sains Nuklear dari Jepun ingin menemuinya. "He's in the waiting room," kata Tisdale. "Thanks," balas Marzuki. Setibanya di bilik tersebut. Dia terlihat seorang lelaki yang sedang membaca akhbar. Paras rupanya mirip Yutaka Takenouchi dan lebih tinggi. Lebih kurang 190 cm. Jambangnya dicukur kemas. Kaca mata Guessnya agak berkilat. Barangkali bingkainya dari platinum. "Assalamualaikum Mr Marzuki. My name is Takumi," katanya. "Are you muslim?" Marzuki bertanya seperti kurang percaya akan pengakuan lelaki tersebut. Beliau menunjukkan kad pengenalannya. Kemudiannya Marzuki mengangguk kepalanya sebagai tanda percaya. "I want to find a Nuclear Science Specialist in Malaysia. I hope you know one of them in this country," katanya. "I don't know anyone here related with the Nuclear Science Specialist. Maybe you should go to the Malaysia Institute Of Nuclear Technology. Maybe you will find the person," kata Marzuki. "No,my company in Japan said that one of your friend is a Nuclear Science Specialist. Let me finds his name," kata lelaki tersebut. "Mengapa dia bersungguh-sungguh mencari lelaki yang dikatakannya pakar sains nuklear itu?" bisik hati Marzuki. "Huh, his name is Dr Muhammad Akmal Bin Zainal Abidin. 28 years old. Married a Chinese woman named Alice Wong," kata lelaki tersebut. Terkejut Marzuki apabila mendengar nama tersebut. "Betulkah apa yang aku dengar ini? Adakah aku hanya bermimpi? Betulkah?" bisik hati Marzuki.

"Honey, my headache is getting worse-lah," kata Alice. Kemudian Alice muntah di dalam biliknya. Akmal semakin risau tentang keadaan isterinya. Kemudian dia terus menghidupkan enjin kereta Maybachnya itu. Dia memeluk Alice dengan erat dan berkata "relax honey, we are going to the hospital. Just relax and hug me," katanya. Kemudian Alice mengucup pipi akmal sebagai tanda penghargaan kepada suaminya itu. Akmal mendukung Alice ke kereta. Kemudian mereka berdua terus ke Al Istiqamah Specialist Centre, sebuah pusat perubatan yang dimiliki oleh keluarga Akmal. Alice terus diperiksa dan dibawa ke bilik berasingan sebagaimana yang diarahkan Akmal kepada pegarah hospital tersebut. "Take care of my wife or I will cut your legs," kata Akmal kepada Ketua Pakar hospital tersebut. "Honey, please relax, I'm fine," kata Alice kepada Akmal. Akmal kemudiannya memegang erat tangan isteri kesayangannya itu. Alice hanya tersenyum.

to be continued................

For more informations on this story, check out this blogs
http://akmalsblog.blogspot.com or http://marzuki1611.blogspot.com

Cinta Poligon - Episod 2

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Marzuki masih di hadapan komputer ribanya sedang menyiapkan kerja sambil fikirannya melayang-layang entah kemana, dah sampai London kot. Marzuki berhenti menekan kekunci 'keyboard' lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia menelefon Ashley Olsen, malangnya mesin peti suara yang menjawab. Dia mencuba beberapa kali tetapi jawapannya masih sama. Marzuki mula terfikir yang bukan-bukan. "Jangan-jangan, dia keluar dengan lelaki tu tak? Ehm, mungkin dia keluar tengok wayang dengan Brenda kot?" fikir Marzuki keseorangan.

Tiba-tiba, 'I lay my love on you, it's all I wanna do....' telefonnya berdering lagu Westlife, I Lay My Love On You. Itu sememangnya lagu kegemaran Marzuki sejak dari bangku sekolah lagi. Marzuki melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya, panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Marzuki menjawabnya."Hello, Marzuki's speaking." Kata Marzuki. "Hello Marzuki, it's me Ashley Tisdale." Balas Ashley Tisdale. "Oh, it's you. Where do you got this number?" tanya Marzuki. "Of course I know, I'm your assistant." perli Ashley Tisdale. "Oh ya, why do you call me?" tanya Marzuki. "I just nak beritahu yang tomorrow maybe I masuk a lil' bit late." beritahu Ashley Tisdale. "Oh, takpe I pun mungkin masuk lambat juga, tapi jangan sampai U tak datang sudah la." Gurau Marzuki. "Ok lah, I don't want to disturb U anymore, bye." kata Ashley Tisdale "Bye" balas Marzuki. Marzuki mematikan panggilan tersebut dan menyambung kerjanya. Kemudian telefon Marzuki berbunyi lagi tetapi kali ini hanyalah SMS. Marzuki membacanya. Mesej itu daripada Asley Tisdale yang tertulis Gud nite, sweet dream. Marzuki membalasnya dengan menulis gud nite, u 2. Marzuki tersenyum keseorangan.

****

Marzuki mengeluarkan keretanya dari parkirannya dan memecut ke tempat kerjanya. "Mana aki?" tanya Brenda kepada Ashley Olsen. "Manalah I tahu, I bukannya assistant dia. U tanya la assistant dia." jawab Ashley Olsen seakan-akan tidak mahu mengambil tahu akan kekasihnya itu. "Ya, I know you bukan assistant dia, tapi you kan teman wanitanya. Lagi satu, assistant dia pun belum datang." beritahu Brenda. "Huh, dia keluar dengan assistant dia la tu." balas Ashley Olsen.

Vroom! Vroom! Bunyi enjin porsche boxter nya berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. "Dah breakfast ke?" tanya Marzuki. "Belum." jawab Brenda. "Jom kita pergi makan kat tempat biasa." pelawa Marzuki. "Lets go." jawab Brenda yang memang tidak akan menolak pelawaan Marzuki sejak di waktu sekolah lagi. Akumaru's Place memang menjadi kebiasaan mereka bertiga. Semasa makan di sana, Ashley Olsen seolah-olah menjadi kaku seperti patung Barbie yang selalu dimainkan oleh adikku. Ashley tidak berkata-kata walau sepatah pun kecuali jika ditanyakan soalan. "Kenapa dengan you ni, sejak dua menjak ni you macam cuba nak jauhkan diri dari I je?" tanya Marzuki kepada Ashley Olsen. "Mana ada I cuba jauhkan diri dari you, you je yang rasa macam tu." jawab Ashley Olsen seakan-akan marah. Selepas makan di Akumaru's Place, mereka kembali ke office masing-masing. Dalam perjalanan mereka balik ke office, mereka terserempak dengan Ashley Tisdale. "Hi Marzuki, good morning!" ucap Ashley Tidale. "Good morning, I want you to meet my girlfriend, Ashley Olsen. "Nice to meet you." kata Ashley Tisdale. "Nice to meet you too." balas Ashley Olsen.

Marzuki masuk ke pejabatnya. Belum sempat dia duduk di atas kerusi, kring.....kring...... Telefon pejabat di atas mejanya berdering. "Hello, Marzuki's speaking" kata Marzuki. "Hello, Assalamualaikum. Aki, ni mak la."jawab mak Marzuki. "Oh, mak. Ada apa mak call ni?" tanya Marzuki terkejut. "La, mak nak call anak mak tak boleh ke?" jawab mak Marzuki. "Takde la, tiba-tiba je mak call aki kat office ni takkan takde apa-apa kot?" tanya Marzuki curiga. "Aki dah lama tak balik sini tengok mak, dah lama tak jumpa aki, so rindulah." jawab mak Marzuki. "Aki bukan tak nak balik jengok mak, tapi aki sibuk la. Meeting dari pagi sampai petang. Pergi out station la. Macam-macam la." mengadu Marzuki. "Itu mak tahu, tapi takkan weekend pun sibuk juga?" tanya mak Marzuki. "Weekend tak da la sibuk, tapi mak tahu kan Ashley tu, nak minta teman pergi shopping lagi. Tapi tengok la weekend ni, insyaAllah aki datang jengok mak dan ayah." jawab Marzuki. "Jangan lupa bawa Ashley sekali ok?" pinta mak Marzuki. "InsyaAllah aki bawa sekali, tapi aki tak janji la." jawab Marzuki. "Ok lah, mak nak pergi masak. Bye, assalamualaikum. Love you." kata mak Marzuki. "Bye, waalaikumussalam. Love you too." jawab Marzuki.

“Jom kita pergi lunch?” Tanya Brenda kepada Marzuki di pintu pejabatnya. “Why don’t you go first and I’ll catch up with you guys later, sikit lagi.” Jawab Marzuki. “Whatever! Kita orang pergi dulu.” Beritahu Brenda. “Ok, see you.” Jawab Marzuki. “Ashley, tak pergi lunch ke?” tanya Marzuki kepada Ashley Tisdale. “Maybe not because breakfast tadi I dah makan makanan berat.” Jawab Ashley Tisdale. “Ok then, bye.”

Dalam perjalanan hendak pergi ke Akumaru”s Place, telefon Marzuki berdering.
“Hello, Marzuki’s speaking.” kata Marzuki. “Hello sir, you have a call from Sobry at New York, do you want to take this call? Tanya operator telefon. “Yes.” Jawab Marzuki. “Hold on, please.” kata operator tersebut. “Hello, what’s up friend?” kata Sobry. “Well, I’m fine. Dengar cerita kau pergi New York ada urusan dengan Warner Music? Tanya Marzuki. “Aku ada projek sikit kat sini. Lagi pun Mike Shinoda ada jemput aku untuk projek dia, Fort Minor – The Rising Tied, tu yang aku pergi tu, kalau tak aku mungkin tak pergi. Kau apa cerita sekarang? So, how is Ashley?” berpuluh-puluh soalan ditujukan kepada Marzuki. “Aku biasalah, kerja dekat office ni bertimbun-timbun, bukan setakat bertimbun sahaja dah jadi gunung dah. Ashley? Ashley mana pula ni? Oh Ashley Olsen ke? She’s fine.” Jawab Marzuki. “Oklah, aku sebenarnya on the way nak pergi studio ni, so saja la nak telefon tanah tempat tumpah darahku ini nak tanyakan khabar. Kirim salam kat Ashley, Akmal and semua orang la. Bye, assalamualaikum.” Pesan Sobry. “Bye, waalaikumussalam, insyaAllah aku bagi tahu semua orang.” Jawab Marzuki.

"Hello honey, u kat office ke?" tanya Alice kepada Akmal. "Ya I'm kat office ni, what's wrong honey?" jawab Akmal. "Alice rasa tak sihat la, honey boleh tolong bawa Alice pergi klinik tak?

To be continued...........

Cinta Poligon - Episod 1

"Hello, Akmal ada?" tanya Marzuki. "Akmal dah pergi office. Kenapa Marzuki?" tanya Alice. "Nothing, kalau dia balik suruh dia call aku okay," kata Marzuki.
Gagang telefon yang berwarna "gloss black" itu diletakkannya perlahan. "Awalnya dia pergi office. Baru pukul 6.30 pagi," bisik hati marzuki. Marzuki terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan paginya. Dia terus membancuh kopi "Nescafe Gold" itu. Kopi putih itu dikacaunya perlahan-lahan. Marzuki ialah seorang jurutera yang berkerja di AkeeysCorp, salah sebuah syarikat kejuruteraan yang terulung di dunia. Akmal pula merupakan Pengarah Penasihat Syarak HSBC Bank dan dia juga merupakan teman sekelas Marzuki ketika bersekolah dahulu. Semasa meminum kopi tersebut, Marzuki teringatkan Ashley Olsen, teman wanitanya dan juga merupakan teman sejawatnya di pejabat. Tanpa melengahkan masa, dia terus mencapai Motorola A1010-nya dan menelefon Ashley Olsen. "Hello, Marzuki ke? Sorrylah I tengah busy ni. Later call ye honey," jawab Ashley Olsen sebelum Marzuki sempat berkata apa-apa. Hubungan mereka sejak akhir-akhir ini kian meruncing disebabkan sikap Ashley Olsen yang main kayu tiga. Namun, Marzuki hanya menganggap perkara itu sebagai cabaran dalam percintaan. Biasalah, orang sabar le katakan.
Marzuki terus bersiap-siap dengan tergopoh-gapah kerana dia sudah terlewat. Minyak wangi "Burberry British" pemberian ibunya itu disemburnya beberapa kali. Harumannya tersebar ke seluruh banglo dua tingkat miliknya itu. Dia terus menuju ke garaj di mana keretanya diparkir. Porsche Boxter yang berwarna merah mutiara itu megah dalam parkirannya. Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Akmal menelefonnya. "Marzuki, Alice kata kau call aku tadi. Kenapa?" tanya Akmal. "Weekend ini kita main golf, mahu? Ajak Sobry sekali. Dah lama tak gather sama-sama," kata Marzuki. "Aisey, sorrylah. Aku dah janji dengan Alice nak temankan dia shopping. Dia tu sensitif sikit. So aku betul-betul busy this week. Meeting kat office pun semakin banyak. Sorry tau," jawab Akmal. Marzuki memang benar-benar memahami sikap Akmal. Semua masa lapangnya diluangkan bersama isterinya, Alice Wong. Akmal memang setia dengan isterinya. Maklumlah, bercinta selepas berkahwin.
Porsche Boxter bernombor pendaftaran MAR 1611 itu dipecutnya laju-laju. Marzuki berasa sangat bosan. Sobry pula baru sahaja berlepas ke New York. Katanya ada urusan denga Warner Music. Tidak tahulah apa urusannya. Kesesakan jalan raya pada pagi itu menambahkan lagi tekanan perasaannya. Setibaya di pejabat, Marzuki terus menegur Ashley Olsen dan mengajaknya bersarapan bersama-sama. Malangnya, Ashley Olsen menolak ajakannya. "I'm full," katanya. Jadi Marzuki bersarapan seorang diri pada pagi itu di samping masalah-masalah yang sedang mengelilingi pinggangnya. Semasa bersarapan, Marzuki ditegur Brenda Song, rakan sepejabatnya dan juga merupakan teman sekelasnya ketika bersekolah. "Where's your girlfriend?" tanya Brenda. Marzuki hanya berdiam diri sahaja. Fikirannya yang bercelaru itu ditambah dengan teguran tajam Brenda. Beribu-ribu anderiguru berpernag dalam fikirannya. Marzuki sebenarnya bersikap ambivalen terhadap Brenda.
Brenda mempunyai seorang teman baik iaitu Anneliese yang juga gemar mengganggu Marzuki. Namun sikap Marzuki yang suka bersabar itu tenang dengan godaan Brenda dan rakannya itu. Kesetiannya terhadap Ashley Olsen tidak berbelah bagi. Teguh macam tembok batu. Khabarnya Ashley Olsen kini bercinta dengan seseorang yang tidak dikenali Marzuki. Tengah hari itu cuaca sangat panas. Maklumlah, KL-lah katakan. Marzuki menelefon Akmal. "Hello, Akmal today lunch nak?" tanya Marzuki. "Alamak, aku dah janji dengan Alice mahu lunch kat rumah. Masak special katanya. Kalau aku tak balik, merajuk dia nanti. Aku juga yang susah," jawab Akmal. "Kau lunch sekali kat rumah aku, mahu?" ajak Akmal. "Susah-susah aje. Nanti aku kacau line kau dengan Alice. Okeylah, have fun," jawab Marzuki. Kemudian, telefonnya berdering sekali lagi. Steven, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AkeeysCorp menyuruh Marzuki ke biliknya dengan segera. "Menyibuk aje orang tua ni," bisik Marzuki.
Setibanya di bilik Steven, dia terpandang seorang wanita yang berambut blonde. "Today, you ada assistant baru. She's Ashley Tisdale. Engineer kat USA. From now, dia kerja under your department. Take care of her," kata Steven. "Dia belum berpunya lagi. Your big chance is here. This is the time," bisik steven kepadanya. "Hello, I'm Marzuki. Nice to meet you," kata Marzuki. Ashley Tisdale hanya tersenyum. "Lunch, mahu?" ajak Marzuki. Ashley Tisdale bersetuju dan mereka makan tengahari di Akumaru's Place, salah sebuah restoran terkenal yang dimiliki oleh adik kepada Akmal. "Mengapa you berkerja di Malaysia?" tanya Marzuki. "Saya dinaikkan pangkat dan diberi pilihan untuk berkerja di beberapa buah syarikat kejuruteraan. Kebetulan abang dan kakak angkat saya menetap di sini. Jadi saya memilih Malaysia," jawab Ashley Tisdale. "Abang angkat?" tanya Marzuki. "Saya akan bercerita tentangnya dengan lebih lanjut," jawab Ashley Tisdale. "Hari ini saya belanja awak, mintalah apa sahaja," kata Marzuki. Ashley Tisdale hanya tersenyum. "Awak suka main golf," tanya Ashley Tisdale. "Suka, memang my favourite game," jawab Marzuki. "How about this weekend? Want to play golf with me?" tanya Ashley Tisdale. Jantung Marzuki terus berdegup dengan kencang. Seluruh anggota badannya statik. Proses peristalsis dalam salur alimentarinya bagaikan terhenti apabila terdengar ajakan Ashley Tisdale itu. Perasaan cinta terhadap Ashley Olsen mula hilang dari fikirannya. Kehadiran Ashley Tisdale menyebabkan gelombang dan perasaan cinta terhadap Ashley Tisdale melimbur dirinya. "Baiklah, saya akan menjemput awak di rumah awak pada pagi ahad ini," kata Marzuki.
Akan bersambung........................................
To all visitors, your comments are welcomed. Thank you very much. Sayonara !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Awas Remaja Islam!


For Information....Artikel dari sebuah laman web


Baru-baru seorang rakan saya menunjukkan kepada saya gelang getah tangan yang jelas tertulis padanya “I LOVE JESUS” yang bermaksud “SAYA CINTAKAN TUHAN (KRISTIAN) JESUS”. Gelang getah ini hanya untuk digunakan oleh penganut agama Kristian sahaja.

Akibat kealpaan dan kelalaian ibu bapa, anak-anak dan masyarakat Islam, gelang getah sebegini dipakai oleh anak-anak kita kerana mengikut “trend” atau ikut-ikutan. Menurut kawan saya gelang getah ini dibeli oleh anaknya di salah sebuah sekolah rendah di Senawang.


Oleh yang demikian sama-samalah kita sebarkan maklumat ini agar umat Islam dan anak-anak kita lebih berhati-hati apabila membeli pelbagai barangan dipasaran, dari permainannya, kasutnya, bajunya dan sebagainya yang mengagungkan agama selain daripada Islam atau mengiklankan syarikat, makanan atau minuman yang berkaitan dengan arak, judi dan sebagainya.


Dalam era globalisasi ini umat Islam di Malaysia haruslah peka pada persekitaran kita dan tidak mengharap semata-mata kepada pihak berkuasa.

Molekul Air


SUBHANALLAH....BETAPA INDAHNYA KEJADIAN ALLAH SWT!!

Assalamualaikum

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam.