hmm........

Assalamualaikum......
hmmm......rasenye lamer da x tulis blog....esp blog sendiri...
mlm ni tbe2 rse nk tulis blog lak....hehe...... sedar x sedar, da 1 semester da ak kt utp...lots of things happen.....hmm......exam pn da lps...
sowie la kwn2 stp ek klu ak x contact korang....maybe sbb bz sgt (walaupun x bz sgt)..... ape lg ek...... hah, td ak chat ngan raf pas jumaat td.... dia sihat alhamdulillah..... dia pesan klu nk wt reunion, jgn lper tunggu dia....hehe....insyaALLAH la raf yerk....huhu...
to all friends dat wish me 4 my birthday, thanks guys... n to all my friends dat still remember me..... i miss u all... hope to c u guys....uhuks.....
hmm..... wat else to say????? ok, 2 those u guys that wanna keep in touch wif me... diz my im n frenster......Yahoo! (YM!) - marzuki1611@yahoo.com MSN - marzuki1611@hotmail.com GMail/Gtalk - marzuki1611@gmail.com Friendster - www.friendster.com/xhackerz My Blog - http://marzuki1611.blogspot.com
pe lg nk kte ek...... akmal, ak xtaw la nk sambung lg x citer cinta poligon tu cz xda idea la skrg....nti klu ak ade idea ak tulis....k
k la.... xda idea la nk tulis pe lg.... to all my friends, gd luck in ur future undertaking....c ya......
Wassalam....keep in touch ...k?

Untitled


Alang-alang aku online skarang,baik la aku blog skit.Sedar tak sedar dah nak setahun aku dok belajar kat Lumut nie.Sekarang 2nd sem n 11 Disember ni aku final exam la.Bulan Januari 2007 plak dah 3rd sem.Kejap je ek..Anyway aku nak ucapkan happy birthday to marzuki.Sorry cuz aku lupe walaupun selalu la ingat marzuki1611 tu.Ntahlaa..Lagipun minggu ni ktorang agak bz cuz ada beberapa orang prof drp Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA Riau) datang melawat.Mak datok!Penat aku nak buat persediaan.Biasa la..MPP aku skarang.Aku bukan nak belagak la.Tapi aku mendapat undian tertinggi drp pelajar perempuan masa p/raya lepas.Aku tak suka pun.Lantak diorang la.Ni ada la satu gambar latest aku.Wif my roomate,Lah.Minggu ni jugak.Budak2 kata aku dah gemuk tapi ntahlaa...Aku tak perasan apa-apa tapi masa aku beli baju raya hari tu,saiz 32 utk seluar dah tak muat!!!!!!!!

Salam Perantauan

Assalamualaikum,

huhu...
dah lame tak blogging kat cni...
atas permintaan raf mase jamuan raya PERUBATAN ari tu, aku pun blogging la kat cni...

Kami nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelawat blog ni, kawan-kawan tak kire lah laki ke pompan, kelas mane pun, cikgu-cikgu SMK Tun Perak yang telah banyak mencurah bakti sehingga kami sampai di bumi Mesir ni... dan sesiapa sahaja yang telah banyak membantu kami secara tidak langsung...

Ni ade la ckit gmbr kitrg kat cni... Tak lame lagi insya-Allah nnt Raf akan join kelas aku...

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku jalan-jalan raya di Alexandria

Photobucket - Video and Image Hosting
Rafhanah berposing di depan Conference Centre

Photobucket - Video and Image Hosting
Lagi satu....

Photobucket - Video and Image Hosting
Raf di rumah dia (agaknya la..)

Photobucket - Video and Image Hosting
Lagi satu....

Photobucket - Video and Image Hosting
(Rafhanah dan kawan Arab dia... (lawa ke...?)

Photobucket - Video and Image Hosting
Rafhanah dan kawan-kawannya (makan malam kot...?)

~HAPPY BIRTHDAY AKI!!~


I would like this golden opportunity to wish our beloved and most faithful friend, Muhammad Marzuki bin Muhammad Kamal a HAPPY BIRTHDAY! HAPPY SWEET 17 and we hope that you'll alwas be in a good and well condition. HAPPY BIRTHDAY!!!

Jom Berbuka!!

Ni aku taip sbb nak inform kat sesape yang nak join buke pose beramai-ramai... Majlis ni bkn nak wat kat hotel atau pn medan ikan bakar... tapi kat mc je... so maklumat2 utk majlis tu ader kat bawah nu ha... :

Tarikh : 21/10/2006
Tempat : MC
Waktu : Org azan Maghrib

So, sesape yg ader mslh atau keliru@ gusar @ x fhm, leh "CALL" aku... nk reply msg sorg2 memang ar kaye aku kn... so baiknye korg call... lg senang korg nak faham... hehehe... k,sekian.
Salam...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

AKU BAGI PIHAK CONTRIBUTORS BLOG INI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMA SEKALI KEPADA SEMUA EX-FORM 5A1 2005. GOOD LUCK SEMUA...
SALAM...

Afternoon Brainstorm...Kawan

Fenomena di sekeliling aku membuatkan aku rasa nak blogging.Aku baru je abis study.Tiba-tiba je rasa nak blogging.Sebenarnye dah lama dah aku nak letak title ni tapi masih tercari-cari waktu yg sesuai.Hmm..rasanya bolehlah sekarang.Okey,kembali ke tajuk asal.Kawan....
Kawan menurut Kamus Dewan Bahasa ialah mereka yg bersama-sama dengan kita,tak kira kat mana-mana pun.Begitulah..Juga boleh dikatakan yang rapat dengan kita,teman dan lain-lain.Menurut kamus Websters pulak,friend means one attached to another by affection and esteem,or intimate associate,or supporter.Kamus arab??Tak sempat cari laa..
Sebenarnye aku bukan nak bahas dari segi maknanya saja tapi disebaliknya.Cuba kita sama-sama renungkan,apakah erti kawan bagi kita semua??????????
Bagi korang la..kawan tu macam Maagi mee ke sebagaimana yg terdpat dalam mesej yang aku dapat from izzati.Makanan di kala susah dan melupakannya di watu senang.Ye ke?Cuba fikirkan,kalau kita yang jadi Maagi mee tu,bila dilupakan adakah kita akan berasa sedih?Senang cerita laa..Ada member kita jumpa kita mintak duit.Katanya susah,dll.Pastu suruh buat assignment pulak.Pastu suruh tanda attendance dan macam-macam lagi.Boleh kata kita ni segalanya buat dia.Lama-lama bila dia senang,hmm...,tak peduli pun kat kita.Tanya khabar pun tak.Malahan,tegur pun takde.Lebih kurang cam Maagi mee tadi tu.Korang yg jadi Maagi mee tu tak dipandang pun kat supermarket.Walaupun new stock.Hehehe..
Aku tak mau tuju kat sape-sape pun tentang tulisan aku ni.Cuma diadaptasi daripada temuramah dgn member aku.Cuma muhasabah diri masing-masing.Ada member yang nak duit baru jadi kawan.Ada macam-macam orang kat dunia ni.Ada hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnye..cuz aku tak hafal.."siapa yang berkawan dgn penjual minyak atar,maka dia akan berbau wangi dan siapa yang berkawan dengan tukang besi,maka dia akan berbau sepertinya.Kalau faham hadis ni,kita tau la yang kawan ni memang penting dlm hidup kita.Kita bukan hidup lama.Ada lagi kehidupan yang lebih panjang.So,beringatlah wahai sahabat-sahabatku.Takkan nak berkawan kat dunia je beb!!!!Berdoalah untuk rakan-rakan anda.Jangan jadi macam cerita Maagi mee tu.

Kes murtad ni negara ni yang semakin meruncing merisaukan banyak pihak.Aku dapat banyak laporan tentang gerkan misionari agama-agama lain yang semakin giat menyebarkan dakyah mereka.Sebagai muslim apakah tindakan kita dalam menangani masalah ini?Baru-baru ni,ada laporan tentang penyebaran bible versi bahasa Melayu.Disebarkan ke sekolah-sekolah rendah agama plak tu.Apa dah jadik dengan negara kita ni?Orang yang bukan dari golongan ulama bukan main petah cakap pasal Islam sewenang-wenangnya.Holy water pun dah boleh dapat free.Kita semua kena sensitif dengan perkara ni.Takkan nak jadik cam Indonesia plak.Satu rumah ahlinya anut macam-macam agama.Bapaknya Islam,maknya buddha,anaknya kristian dan cucunya pulak free thinker.Mampuslah gitu.Kalau korang nak tau itulah yang dimaksudkan dengan pluralisme.Idea yang dibawa masuk ke negara kita oleh misionari khususnya sisters in islam (SIS) yang kononnya memperjuangkan hak wanita Islam.Banyak lagi NGO yang memperjuangkan wadah yang sama.Perhatikan sahabat-sahabat anda.Sayangi mereka.Aku rasa dah banyak dah ni..Okey lah sebagai pesanan terakhir,berdoalah selalu untuk rakan-rakan anda yang seIslam supaya Allah S.W.T sentiasa melindungi akidah kita semua.That's all for now.

Pengumuman!

Kepada peminat setia drama "Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul", saya telah pun meneruskan perjalanan cerita tersebut. Selamat membaca di blog saya....

Cinta Poligon-Episod 5

Penangguhan novel bersiri ini membuatkan aku bertambah boring.So,aku telah menulis episod yang baru untuk meneruskan lagi karya aku dengan Marzuki ini.Sila ke blog aku untuk membaca episod baru.Aku berharap sangat korang dapat berikan komen yang dapat lagi meningkatkan kualiti novel ini.Selamat mambaca!

Filem Gubra Cuba Bawa Akidah Baru???

Baru2 ni aku terbaca artikel yg ditulis dlm blog Faisal Tehrani yang bertajuk Tak Boleh Diam.Ini merupakan ulasan beliau terhadap filem Gubra yg baru2 ini menjadi filem terbaik dlm Festival Filem Malaysia.Malah pelakon terbaiknya,Sharifah Amani turut mengkritik Bahasa Melayu secara terang2an.Camna perkara ini boleh berlaku?????Konsep Islam Plural yang diasaskan oleh Yahudi dan Kristian dapat dilihat dengan jelas dlm filem ni.Pensyarah Filem UM,Dr Abu Hasan turut mengkritik filem tersebut kerana unsur toghut yg terkandung di dalamnya.Bagaimana jika mrk2 yg takde asas dalam ajaran Islam menonton filem ini??Antara kata Dr Abu Hasan ialah: saya amat menentang pemikiran thoghut dan tidak berasas ini yang tidak bertitik tolak daripada keimanan. Blog Dr Abu Hassan ialah di alamat ini http://homepage.mac.com/abuhassanhasbullah/situs/situs/gatra/gatra.html

Kita juga mendapati terdapat watak Lina Joy dalam filem ini.Faisal Tehrani ada menyebut: Macam biasa, saya tak boleh diam dan menulis lagi tentang Gubra dan idea sesat yang dibawanya. Apabila Sharifah Amani naik ke pentas Pesta Filem Malaysia ke-19 baru-baru ini dengan kata-kata I sound stupid speaking malay (saya berasa macam bodoh untuk berucap dalam berbahasa melayu) dan if bikin filem mencemarkan budaya lets make it often (jika bikin filem mencemarkan budaya marilah kita buat banyak lagi) saya berasa kasihan dengan gadis usia dua puluh tahun ini yang cedera parah oleh bom perang budaya. Dia mungkin tak puntung kaki dan tangan, tetapi lebih dahsyat, telah hilang hati nurani...

Camna boleh jadi begini????

Lawatilah blog Faisal Tehrani di http://tehranifaisal.blogspot.com
Takkan tak pernah dengar namanya???
Cuba cari dalam buku Antologi Cerpen dan Drama sekolah menengah.
No. HPhone aku:019-6547970(Akmal)

X-PLORASI MINDA & JIWA III

Sambutan yang menggalakkan membuatkan aku pecah kepala untuk dapatkan bahan untuk korang. Akhirnya dapat juga aku siapkan X-PLORASI MINDA & JIWA III. Aku pun dah dapat bahan untuk X-PLORASI MINDA & JIWA IV. Nantikan ya! Oleh sebab terlalu sibuk, susahlah nak cari idea nak tulis apa lagi di sini sekarang. Kepada budak-budak sekolah, selamat bercuti sekolah. Cuti-cuti ni, apa kata korang cuba try test uji kuiz mudah ni. Dapatkan X-PLORASI MINDA & JIWA III di FiveReligionOne05’s Download.

p/s: jangan lupe gak lepak blog aku.. YUSRI ARIF BIN SAPAEE

Ntahlaa.....


Assalamualaikum n greetings to all visitors.Thanks 4 visiting dis blog.Aku pun tak tau apa nak publish kat blog ni so aku,ntahla....To all my friends,good luck 2 all of u.Lupe nak bagitau bulan lepas aku cuti.Lebih kurang 2 minggu lebih laa.Tapi aku tak bagitau ramai member2 aku.Ada la dua ke tiga org.Hari ni sunday kan?So no class today.Aku pn gi cc la nak cari bbrapa thing 4 my work.Sambil2 tu aku log la ke blog ni.Ntahlaa....Projek Cinta Poligon pun aku tak tau lagi nak terus tak cuz sume2 busy now kan?Nanti kena bincang jugak le dgn Marzuki cuz now is my turn.But skarang memang kena tangguh dulu.Lupa lak,aku sekarang dah masuk sem dua course Syariah Islamiah.Ok la..that's enough.Tata.....

Apo kabau semua?!!!!

Pejam celik pejam celik dah lama blog ni aku rasa tak dapat nak dikemaskinikan oleh para contributor diatsa kekangan masa. BAgi, memeriahkan blog ni, aku nak la tunjukkan sedikit sebanyak gambor KAKOM (Karnival Kokurikulum Matrikulasi) 2006 yang tengah berlansung di Kolej Matrikulasi Pahang (tempat aku blajo)


Aku dengan mee kari aku yang best giler

Gambar ni kawan aku yang tangkap curi.

Gadis-gadis jelita KMPh yang menjual air. Sempat sms ngan boyfriend tu!

Ni la kawan aku yang tangkap gambar curi tu. Nama dia firdaus.

Para peserta KAKOM dari kontigen negeri Perak Darul Ridzuan. Kejo yop kejo!!

X-PLORASI MINDA & JIWA II

Kami berpendapat, setiap yang setiap perkara yang kita lakukan semuanya mempunyai maksud yang tersendiri contohnya apabila kita makan, orang sekeliling kita akan menilai kita melalui gaya dan adab kita ketika makan. Bagitu juga jika kita bercakap, dari situ orang boleh menilai kita sama ada kita bersopan atau tidak. Kalau tinggi suara kita maka anggapan orang terhadap kita pun pasti buruk. Jadi, kami nak mengajak anda mengenali diri secara lebih rapat lagi dengan mencuba kuiz ini. Dapatkan X-PLORASI MINDA & JIWA II di FiveReligionOne05’s Download.

Assalamualaikum !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah lama gak aku tak blogging kat cni.Rasenye dah setahun dah.Kepda sume member2 aku esp students 5A1,good luck to all of you.Ramai dapat result yg baik.Alhamulullah....Lepas 'graduate' from Smk Tun Perak,tak ramai yang aku contact.Ade la jugak cam aki,yus,wak,ku,khalil,raf,faiz etc.Lepas abis exam aku terus balik kampung n pastu aku keja dgn uncle aku.Pastu aku masuk kursus intensif Islam dgn salah seorang ex 4A1 2004,Azrul Azwan.Lame gak la...Dlm sebulan.
Mase kat situ,hari2 aku call mak aku.Maklumlah........Baru2 ni ayah aku call katanye ade pibg meeting kat smktp.Alamak..........Aku tengah final exam lah sekarang!Start dari 19 Jun sampai la 5 Julai ni.Pastu insyaAllah aku akan cuti.Of course la aku balik Melaka.Maybe 10 Julai kot..Aku skrg kat Akademi Pengajian Islam dan Dakwah di Manjung,Perak Darul Ridzuan.Yg bestnye kat cni pasal banyak relative aku.Aku selalu la balik esp rumah usu & tok wan aku.Lupa lak nak bgtau,aku amik course Syariah Islamiah.Aku aim nak gi Azhar Univ.Camtu kena hafal at least 8 juz Al Quran la.Kat cni yg ajr Al Quran dan Hafazan ada la pak sheikh Arab tu.Diimpot dari Mesir la katakan.Boleh2 nak suruh aku ikut lidah Arab dia tu.Lg satu kat sini kalau nak save duit kena masaklah.Ooo..Gitu..Masak ni small matter la.Hah !!! Cakap pasal masak aku teringat la member aku yang suka makan dan masak.Faiz Parman la..sapo lagi!Tapi aku ni cepat boring kalau asyik masak je..Sesekali kita makan kat luar lah.Amik2 angin.Hehehehehe...Tadi baru je abis exam Fiqh Al Manhaji,karya imam As-syafie.Tapi yang part 1 la.Banyak cerita bab2 ibadat.
Boleh tahan jugak la.Pastu.........masa abih exam aku tengok kerusi yang aku dok tu basah! Siot btol la!!Dewan exam yang sejuk pon bole bpeluh.Nthla...Ok la..banyak tulis banyak plak dosanye.Ye ke??Ntahla..Lastly,to all my friends,study smart and work hard for your future.I hope all of us esp,ex-5A1 will be the best human in our life.Good luck to all of you.Ta ta.......

X-PLORASI MINDA & JIWA I

Kepala berserabut memikirkan apa yang tak kena dengan diri anda? Apa kata anda cuba cuba kuiz yang berkaitan dengan personaliti diri ni, kami pasti anda akan jumpa jawapannya nanti. Jika tak percaya, cuba jawab 10 soalan yang kami beri ni dan tengok keputusannya. Untuk memuat turun X-PLORASI MINDA DAN JIWA I, sila klik FiveReligionOne05’s Download.

Selamat Hari Bapa 2006

Selamat Hari Bapa buat semua yang insan bergelar bapa di dunia ini tak kiralah anda bapa yang mempunyai anak mahupun bapa tunggal daripada kami warga 5 Agama 1 2005. Buat anak-anak yang masih belajar seperti kami hargailah bapa anda seperti kamu menghargai ibu anda. Pengorbanan mereka berdua tak banyak bezanya. Jantina sahaja yang membezakan mereka sebagai bapa ataupun ibu. Bapalah yang orang yang mula-mula melaungkan kalimah Allah di telinga kita apabila kita mula-mula tiba di dunia ini. Teruslah membuktikan kepada mereka bahawa anak-anak mereka ini (kita) boleh membalas jasa mereka. Bagi anak-anak yang sudah kehilangan bapa kesayangan mereka pula tak perlu bersedih kerana mereka walaupun tidak melahirkan mereka telah berjaya memberi kelahiran dan mendidik kita menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah yang paling berharga buat mereka bukanlah hadiah yang mahal-mahal tetapi adalah doa anak-anak yang beriman.

Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah di Kolej Islam Sultan Abdul Aziz

Tahniah!

  1. MUHD NURSHUKRI B ABDUL RAZAK
  2. ERNA MASTURA BINTI AB RAZAK
  3. MUHAMMAD KHUSYARI BIN AHMAT MURTZA
  4. MUHAMMAD SYAFIQ BIN WAGIMI
  5. NUR AIN BTE MAT HASSAN
  6. KHAIRUL QAMAR BIN ABU KASIM
  7. SITI NORSAMINAR BINTI IBRAHIM
  8. MOHAMMAD SUFFIAN BIN ABD RAZAK

yus: buat yang terbaik ye kengkawan.. tinggalkan zaman kanak-kanak.. lagi 1, shuk ngan pian adik beradik ke? hehe.. kalau ada tambahan maklumkan ye..

Sayonara!

Ramai dikalangan kita yang akan pergi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lepas ni. Kawan2 yang dapat PTPL akan bertolak Sabtu ni. Ku pulak akan pergi mendaftar pada awal bulan Julai ni (kalau dier amik TESL la...). Bagi mereka yang dapat tawaran UPIM pula, tarikh mendaftar adalah berbeza-beza. Jadi aku bagi pihak Contributors Blog ni ingin mengucapkan Selamat Jalan dan Selamat Belajar semula pada mereka semua. Harap korang belajar rerajin untuk masa depan korang. Dapat kawan baru nanti jangan pula lupa kawan lama korang. Anyway, GOOD LUCK FRIENDS!!!!

PENGUMUMAN PENTING!

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video klip jamuan kelas versi remix, bolehlah SMS Encik Mohd Farid bin Husin di +60166672825 untuk berbincang sendiri dengan beliau mengenai urusan penghantaran atau pengambilan video tersebut. Sekian dimaklumkan..

Pengumuman!

Kepada mereka yang mengikuti cerita "Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul" yang dikarang oleh saya, sambungannya telah saya paparkan di blog saya. Cerita "Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul" akan berjalan seperti biasa walaupun saya berada di KMPh. Harap maklum.

Keputusan Pemilihan Bagi Calon Lepasan SPM 2005 (MARA)

Tahniah anda telah ditawarkan program seperi berikut:

NAMA: SITI MUNIRAH BTE JAMALTHIN
KURSUS: KEJURUTERAAN
PROGRAM: DALAM NEGARA (FOUNDATION / 3+0)
INSTITUSI: MONASH UNIVERSITY MALAYSIA (MUM)

Semakan Status Permohonan ke Institut Pendidikan Mara (IPMa)

(Sehingga 11 Mei 2006)

Tahniah..!, Anda berjaya

  1. AZIZAH BARI'AH MAISARAH BT PK HAMED - Diploma English for Communication (DECom), Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
  2. KU AMINUR ZAIHASNUL BIN KUYIN - Diploma in Pharmacy, Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP)
  3. MOHAMMAD IZZAT AMIR BIN ABDUL HAMID - Diploma of Engine Tech (Engineering & Computing), Malaysian British Institute (UniKL BMI)
  4. ERNA MASTURA BINTI AB RAZAK - Diploma of Information Technology, Insitute Infotech Mara (UniKL IIM)
  5. KHAIRINNISA' BTE MOHD AMIN - Matrikulasi Insitute of Chartered Sec & Admin (ICSA), Kolej Polytech Mara (KPTM)
  6. KHAIRUL ANUAR B ABU KASIM - Diploma of Chemical Engineering Tech. in Food, Malaysian Insitute of Chemical & Bio Tech (UniKL MICET)
  7. MOHAMAD ZAKY BIN CHUMARI - Diploma of Engine Tech (Telecomunication Engineering), Malaysian British Institute (UniKL BMI)
  8. MOHD AFIQ HAQIMI B MAZLAN - Diploma Computer System & Networking, Kolej Polytech Mara (KPTM)
  9. MOHD ASHRAF BIN AHMAD - Diploma Business Studies (DBS), Kolej Profesional MARA Melaka
  10. NOHD HAZUAN BIN MD SAP - Diploma Business Studies (DBS), Kolej Profesional MARA Melaka
  11. SYARIFAH NURUL IZZA BTE SYD JAFFAR - Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Polytech Mara (KPTM)
  12. MADIHAH BINTI DAUD - Diploma Perakaunan, Kolej Polytech Mara (KPTM)
  13. NURUL FARHANAH BINTI SUHAIMI - Diploma Teknologi Senibina, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas
  14. HARYATI BT SABTU - Diploma Teknologi Maklumat UUM, Kolej Polytech Mara (KPTM)
  15. NORAINI BT MAHAT - Pra Perakaunan UiTM (PD005), Kolej Polytech Mara (KPTM)
  16. NORSYAZWANI LIYANA BT NORAINAL - Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Polytech Mara (KPTM)
  17. SITI ZAFIRAH BT ALI - Diploma in Nursing, Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP)
  18. MUHAMMAD KHALIL BIN ABU KASIM-Diploma In Network Security, German Malaysian Institute(GMi)
yus: tahniah dan tahniah sekali lagi kepada nama yang dah naik 2 kali.. All the best!

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KPTM KEMASUKKAN SESI JULAI 2006

Tahniah Permohonan Anda Berjaya

  1. Azizah Bari'ah Maisarah PK Hamed (Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah)
  2. Mohammad Izzad Amir Hamid (Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau)
  3. Nur Farhana Suboh (Diploma Kejuruteraan Elektronik [Perubatan], Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
  4. Haslitimaya Mohd Hasim (Sijil Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah)
  5. Mohd Zaky Chumari (Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau)
  6. Mohd Afiq Haqimi Mazlan (Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota)
  7. Mohd Hazuan Md Sap (Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota)
  8. Muhammad Sobri Kasim (Diploma Pengajian Perniagaan [Perniagaan Antarabangsa], Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
  9. Nur Hazirah Rasip (Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota)
  10. Siti Khalijah Senin (Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Merlimau)
  11. Mohd Izuwan Mohd Ali (Diploma Media Digital [Seni Digital], Politeknik Perlis)
  12. Mohd Zulhadi Zainal (Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau)
  13. Norilmah Mohd Nor (Sijil Reka Bentuk Grafik, Politeknik Johor Bahru)
  14. Nurul Farhanah Suhaimi (Sijil Reka Bentuk Grafik, Politeknik Johor Bahru)
  15. Fatimatun Zahrah Mohd Isa (Diploma Kejuruteraan Elektronik, Politeknik Merlimau)
  16. Nur Atiqah Ab Rani (Sijil Pengajian Perniagaan, Politeknik Kota)
  17. Nur Qistina Abdul Rahman (Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian, Politeknik Johor Bahru)
  18. Siti Norsaminar Ibrahim (Sijil Kejuruteraan Mekanikal [Pertanian], Politeknik Kota Bharu)
  19. Zulyanah Md Isa (Sijil Penyimpanan Kira, Politeknik Kota)
yus: tahniah daripada aku yerk! kalau ade yg tertinggal/tersilap sori ar..

THINGS TO KNOW WHEN LIGHTNING STRIKES

What to avoid

  • Use of showers or other contact with water
  • High ground and open spaces
  • Solitary trees
  • Metal objects such as electric wires, fences, machinery and power tools
  • Seeking shelter underneath canopies and small structures
  • Proximity to other people (maintain a distance of at least 4.6m)
  • Standing near doors and windows
  • Using headsets and items such as computers, TVs and telephones (but cordless phones and mobile phones are fine)
Best way to seek shelter
  • Seek shelter in
    • Large buildings
    • Fully enclosed vehicles such as cars, trucks or vans with windows wound up
    • Dense areas of trees and shrubs
  • If shelter is not available
    • Head towards ditches, trenches or lower ground
    • Assume a low, crouching position with feet together and hangs onn ears to minimise acoustic shock from thunder
  • Wait a minimum of 30 minutes from the last lightning or thunder before resuming activities

Source: US National Lightning Safety Institute

Apa Harus Anda Lakukan Semasa Berlaku Gempa Bumi

Sekiranya anda di dalam bangunan

  • Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
  • Padamkan semua api.
Sekiranya anda di luar bangunan
  • Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
  • Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
Sekiranya di dalam stor yang sesak
  • Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
  • Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.
Sekiranya di dalam bangunan tinggi
  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.
  • Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  • Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
  • Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.
Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
  • Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda.
  • Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Perhatian!!

Dimaklumkan bahawa, kepada sesiapa yang mengikuti cerita

"Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul"

yang dipublish kan di blog Faiz Parman iaitu http://sighnomore2.blogspot.com, harap maaf kerana episod yang seterusnya tidak dapat dipublish kan dalam masa yang terdekat ini kerana penulisnya telah menyambung pelajarannya ke Matrikulasi. Episod seterusnya mungkin akan dipublish kan pada bulan Julai (paling awal). Begitu juga dengan cerita Cinta Poligon. Mereka terpaksa tunda cerita tersebut kerana hal-hal pendidikan. Harap maaf.

Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA, Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf, Sesi Akademik 2006 / 2007

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

  1. ARIFAH BT IBRAHIM - Diploma Kejururawatan, UiTM
  2. KU AMINUR ZAIHASNUL KU YIN - Pra-Ijazah TESL, UiTM
  3. NORLIANA HERDAWATY MOHD SADRI - Diploma Perakaunan, UiTM
  4. NURUL AIN ZAKARIA - Diploma Perakaunan, UiTM
  5. SITI RAFHANAH SAPONIT - Tamhidi Perubatan, KUIM
  6. SYAZANA ABDUL AZIZ - Diploma Kejuruteraan Awam, KUITTHO
  7. YUSRI ARIF BIN SAPAEE - Asasi Sains Fizikal, UM
  8. KHAIRINNISA' BINTI MD AMIN - Matrikulasi Pengajian Islam Berteraskan Wahyu dan Warisan, UIAM
  9. KHAIRUL ANUAR ABU KASIM - Asasi Pengajian Islam dengan Sains, UM
  10. NUR AIN MAT HASSAN - Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM
  11. NORDEEN SANI - Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans), UiTM
  12. SAHARUDIN MAT DIAH - Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM
  13. SITI NORHIDAYAH HAJI JAMBARI - Matrikulasi Kejuruteraan, UIAM
  14. BASYARIAH BACHIK - Diploma Perakaunan, UiTM
  15. MOHD SHUKRY MOHD RASID - Diploma Perakaunan, UiTM
  16. NURDIYANAH ABD LATIF - Matrikulasi Perakaunan & Sains Pengurusan, UiTM
  17. NURUL SYAFINAZ IBRAHIM - Diploma Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
  18. SARILA OSMAN - Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM
  19. SITI NOR FATIMAH OSMAN - Diploma Perakaunan, UiTM
  20. LUBNA MD GHAUS - Diploma Kejuruteraan Komputer, KUKUM
  21. NORAINI MAHAT - Matrikulasi Ekonomi & Sains Pengurusan, UIAM
  22. SITI HAJAR MAIZAN - Diploma Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
  23. AQILAH HANIF - Matrikulasi Sains Kemanusiaan, UIAM
  24. MUHAMAD KHUZAIRI ABU SAMAH - Matrikulasi Ekonomi & Sains Pengurusan, UIAM
  25. MUHAMAD NORSAIDUSYUHUR MOHD DASUKI - Diploma Analisis Pelaburan - UiTM
  26. NOORHANISAH SHARIFFUDDIN - Diploma Pengurusan Bank, UiTM
  27. SITI ZAFIRAH ALI - Diploma Perakaunan, UiTM
  28. UMMU SOFIAH MOHAMMAD ROSTAM - Matrikulasi Bahasa Arab, UIAM
  29. MUHAMMAD ALIF ZAINAL - Pra Perdagangan, UiTM

Mother's Day

Mother,
One of Allah most greatest creation,
Given to us,
To the children of the future,
You have dedicated your life for your family,
And you never ever complaint about it.

Mother,
How powerful and strong Alexander the Great was,
How wise and talented Leonardo da Vinci was,
How kind and noble our beloved Prophet Muhammad was,
How just and fair a judge was,
But they come from a single mother,
Who taught them,
How to crawl and to walk,
Until they appeared in the history of the world,
And all of this come from the kindness,
Of a mother.

Mother,
We would never forget how tired you are,
To raise us all in a good condition,
To feed us all although there is nothing left,
To teach us all at night,
Using candle to light the darkness,
To accompany us,
In time when we fear of the shadow,
You always be there,
You always be there,
And I wish you will always beside us.

Mother,
On this glorious day,
We wish you a happy mother's day,
Be proud with us,
Because this is the day,
When you become a 'daughter',
And I become the 'mother'.

Pn. Hjh Khadijah Bte Hashim (Allahyarhamah) - Mak Faiz

Pn. Hawa Bte Jaafar - Mak Ain & Izzati

Pn. Normala Bte Saarani bersama dgn anak sulongnya, M. Marzuki.

Pn. Sharifah Bte Mohamad - Mak Siti Munirah

Pn. Nordaslina Bte Hj Md. Dasuki - Our EST/English teacher

PS: All of this women are mothers to some of my classmate except Pn. Nordaslina who was our teacher who have a cute and adorable son.

Kebesaran Allah Yang Maha Esa...


Marilah kita sesama
menghayati keagungan ilahi......
Hiasilah diri dengan mendekatkan
diri kepada Allah Yang Maha Agung....
Takbir.....
Allahuakbar.....

Cara - Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Oleh Islam

Cara yang betul

(view large image)

Cara yang salah

(view large image)

Terbit & Edaran
Unit Penerbitan Al-Munirah

Sumbangan boleh dibuat di atas nama
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH
No. Akaun BMMB - 12040001994715 (Bank Muamalat)
No. Akaun MBB - 562647201075 (Maybank)
Segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan
RUJ: LHDN 01/35/42/51/179-6.5854

KALENDAR AKADEMIK 2006/2007 (PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN)

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KALENDAR AKADEMIK 2006/2007
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN


SEMESTER I

AKTIVITI - BILANGAN MINGGU = TARIKH


Pendaftaran - 1 minggu = 15/05/06 – 21/05/06
Kuliah - 10 minggu = 22/05/06 – 30/07/06
Cuti Pertengahan Semester - 2 minggu = 31/07/06 – 13/08/06
Kuliah - 10 minggu = 14/08/06 – 22/10/06
Minggu Ulangkaji - 1 minggu = 23/10/06 – 29/10/06
Peperiksaan - 1 minggu = 30/10/06 – 05/11/06
Cuti Antara Semester - 1 minggu = 06/11/06 – 12/11/06

SEMESTER II

AKTIVITI - BILANGAN MINGGU = TARIKH


Kuliah - 10 minggu = 13/11/06 – 21/01/07
Cuti Pertengahan Semester - 1 minggu = 22/01/07 – 28/01/07
Kuliah - 10 minggu = 29/01/07 – 08/04/07
Minggu Ulangkaji - 1 minggu = 09/04/07 – 15/04/07
Peperiksaan - 1 minggu = 16/04/07 – 22/04/07

TAMAT PROGRAM

Tarikh Penting:

a) 25 - 26 Julai 2006 (Ujian Pertengahan Semester I)
b) Ujian MUET:
i) 10 – 12 Oktober 2006 dan 16 – 18 Oktober 2006 (Speaking)
ii) 11 November 2006 (Listening, Reading and Writing)
c) 16 – 17 Januari 2007 (Ujian Pertengahan Semester II)

Cuti Am:

1 Mei 2006 - Hari Pekerja
12 Mei 2006 - Hari Wesak
30 – 31 Mei 2006 - Pesta Menuai (WP Labuan dan Sabah)
1 – 2 Jun 2006 - Hari Gawai (Sarawak)
3 Jun 2006 - Hari Keputeraan SPB Yang di Pertuan Agong
31 Ogos 2006 - Hari Kemerdekaan
21 Oktober 2006 - Hari Deepavali
24 – 25 Oktober 2006 - Hari Raya Aidil Fitri
25 Disember 2006 - Hari Krismas
31 Disember 2006 - Hari Raya Qurban
1 Januari 2007 - Hari Tahun Baru
20 Januari 2007 - Maal Hijrah
1 Febuari 2007 - Hari Wilayah Persekutuan
19 Febuari 2007 - Tahun Baru Cina
31 Mac 2007 - Maulidur Rasul

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://apps.emoe.gov.my/bmkpm/
For more information, log on to http://apps.emoe.gov.my/bmkpm/

Terima Kasih Daun Keladi

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh anda semua yang sudi melawat blog ini. Sesudah lebih setahun kami bertapak, kami mampu menjangkau 4000 orang pelawat. Kini, kami mempunyai 9 orang penyumbang. Sebagai menghargai sokongan anda semua, kami akan berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti blog kami. Kami bukanlah graduan teknologi maklumat untuk menghasilkan laman web yang sempurna, kami hanyalah pelajar belasan tahun. Walau bagaimanapun, kami akan terus berusaha untuk menghidangkan santapan minda yang terbaik anda. Terkini, kami telah menjemput Guru Kaunseling sekolah kami (Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin, Melaka) Puan Rogayah bt Sulaiman untuk mengendalikan ruangan kaunseling di FiveReligionOne05's Forum. Hal ini memang merupakan berita baik bagi kalangan remaja yang hidup dengan penuh cabaran. Apa tunggu lagi? Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengguna di FiveReligionOne05's Forum, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Luahkan masalah anda, kami ada cara untuk membantu. Hasrat kami adalah untuk menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan modal insan seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9. Kami mengalu-alukan sokongan yang berterusan daripada anda. Sudi-sudilah mengundi kami di MalaysiaTopBlog. Sebarang cadangan atau komen yang ingin diberikan bolehlah dilemparkan di fivereligionone05@yahoo.com
Sekian, terima kasih.

Pusat Matrikulasi Pahang

PENGENALAN

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah satu kolej matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pembinaannya bermula dari bulan Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2003.Kawasan kolej ini adalah seluas 75 hektar berhampiran Pekan Gambang. Dibuka pada 1 Mac 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 1857 orang dari seluruh negara pada 5 April 2003

Dari segi kedudukannya, Kolej ini terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur. Jarak diantara bandar Kuantan pula hanyalah 35 km dan terdapat perkhidmatan bas yang berulang alik diantara Kolej Matrikulasi Pahang dan bandar Kuantan.Kolej ini juga akan berada berhampiran dengan Lebuh raya Pantai Timur mula dibuka pada Disember 2004.

PENTADBIRAN

Pentadbiran Kolej Matrikulasi Pahang diketuai oleh seorang pengarah iaitu Tn Hj Muhamad@Hasnan Bin Ismail. Disamping itu juga segala pentadbiran akan dibantu oleh Ketua-ketua Jabatan, Penolong-penolong Pengarah serta Pegawai Eksekutif Kanan.

LOGO DAN WARNA

Terbahagi kepada beberapa bahagian yang mempunyai maksud tersendiri:

  • Atom:melambangkan sains adalah teras kehidupan. 3 helaian muka surat melambangkan 3 sumber ilmu - Guru (Pensyarah), Buku dan Persekitaran.
  • Buku melambangkan ketinggian martabat ilmu
  • Garisan yang berselang-seli dengan huruf KMPh melambangkan produk (pelajar) KMPh yang boleh bersaing dengan dunia luar
  • Tiga garisan melambangkan 3 kursus di Kolej Matrikulasi Pahang (Hayat, Fizikal dan Perakaunan)

DIKSRIPSI WARNA

  • oHitam: melambangkan kemampanan jati diri setiap individu di KMPh
  • oPutih: melambangkan keluhuran budi pekerti warga KMPh
  • oKuning Keemasan : melambangkan keunggulan Kolej Matrikulasi Pahang
  • oMaroon : warna rasmi KMPh

MOTTO KOLEJ

“Peneraju Kecemerlangan”

BUDAYA KOLEJ

  • Cintakan ilmu
  • Mementingkan kecemerlangan dan kualiti
  • Saling hormat menghormati
  • Menghormati ketua
  • Menepati masa
  • Kesegeraan dalam melaksanakan tugas
  • Bekerja dalam satu pasukan
  • Mengutamakan kebersihan dan kekemasan
  • Mesra pelanggan
  • Bersyukur dan berterima kasih

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Kolej Matrikulasi Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan kolej yang efisien dan efektif selaras dengan kehendak pelanggan kami
  2. Memastikan pelajar lulusan kolej kami berkelayakan memasuki kursus-kursus terpilih universiti
  3. Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, pusat sumber,dan peralatan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna setiap kali ia perlu diguanakan.
  4. Memastikan kemudahan asrama berada dalam keadaan yang lengkap dan kondusif.
  5. Memastikan kemudahan ko-kurikulum, kebajikan dan rekreasi pelajar mencukupi dan berada dalam sempurna setiap kali ia perlu digunakan
  6. Memastikan semua pelawat yang berkunjung ke kolej ditemukan dengan pegawai berkenaan dalam tempoh lima belas minit.
  7. Mengambil tindakan serta merta membantu pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, peribadi dan gangguan emosi.


Latar Belakang Program Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Teknologi dan Perakaunan.

Program Pra-Universiti ini telah dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza dan hasil dari program pra-universiti ini telah melahirkan banyak cendakiawan dan tenaga mahir dalam bidang profesional dan kritikal.

Langkah KPM mengambilalih Program Matrikulasi merupakan satu tindakan yang wajar bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (Perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran Mara Bangi. Kolej Matrikulasi Melaka di Londang dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Kolej Matrikulasi Melaka dapat menampung 3000 orang pelajar, manakala Kolej Matrikulasi Labuan sejumlah 500 orang pelajar dengan menggunakan kampus sementara di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tambahan 3 kolej telah mula beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi 2002/2003, kampus tetap Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat / kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Gagasan Penubuhan BMKPM bermula pada September 1998, untuk menyeragam dan menyelaras semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA. Objektif BMKPM selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara. BMKPM kini telah melangkah ke tahun ke-6 sejak penubuhannya dan telah membuat sebanyak 8 ambilan bermula tahun 1999 hingga tahun 2004.

Walaupun Program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. Dari peringkat awal Bahagian Matrikulasi ditubuhkan sehingga kini, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia berada di landasan dan hala tuju yang betul. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menjejaskan kuantiti dan kualiti pelajar bumiputera dan berorientasi untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan lebih beriltizam. KPM telah diberi tanggungjawab yang berat dalam usaha Kerajaan memperbanyakkan lagi lulusan Bumiputera yang layak mengikuti pengajian di peringkat Ijazah pertama khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi.

dipetik daripada laman web KPM.

Tawaran Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kolej Matrikulasi Melaka

  1. Azizan bin Pungut
  2. Mohd Ridzuan bin Roslan
  3. Muhammad Akmal bin Zainal Abidin
  4. Rafidah bt Abu Kasim

Kolej Matrikulasi Johor
  1. Farra Nadyia bt Norahmad
  2. Mohd Sobre bin Md Yunos
  3. Nurul Izzati bt Zakaria
  4. Siti Munirah bt Jamalthin
  5. Yusri Arif bin Sapaee

Kolej Matrikulasi Pahang
  1. Faiz bin Parman
Kolej Matrikulasi Perak
  1. Muhammad Marzuki bin Muhammad Kamal
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  1. Siti Rafhanah bt Saponit
  2. Syarafina bt Yaacob
Kolej Mara Kuala Nerang (Perakaunan)
  1. Nurul Husna bt Abdul Manaf

Akan diberitahu pada 30 Mei 2006
  1. Arifah bt Ibrahim
  2. Syazana bt Abd Aziz
  3. Nordeen bin Sani
  4. Saharudin bin Mat Diah

NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRY

Panduan Mukmin (sempena Maulidur Rasul 1427H)

Antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat Abu Sa'id Al-Khudry ialah: 'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua penguasa di sana. Dia memandang bagaimana kamu berbuat. Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.

Ingatlah! Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaranNya untuk mengatakan yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.

Ingatlah! Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan yang berbeza-beza. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan mukmin. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin. Antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.

Ingatlah! Antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada pula yang tidak cepat marah dan tidak cepat menguasai diri. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah! Antara mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah. Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah tetapi cepat menguasai diri. Dan yang paling jelek dan antara mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.

Ingatlah! Antara mereka ada yang baik dalam membei dan meminta. Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta. Ada pula antara mereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah, di antara mereka ada yang buruk dalam memberi, buruk pula dalam meminta. Ingatlah, yang paling baik di antara mereka adalah yang baik dalam memberi dan baik pula dalam meminta. Dan yang paling jelek di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam meminta. Ingatlah! Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara di dalam hati Bani Adam. Bagaimana kalau kamu melihat kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya yang menegang? Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.

Maulidur Rasul 1427H

KEPADA SEMUA WARGA 5A1 2005 SERTA PARA PENGUNJUNG BLOG INI, SAYA MEWAKILI PIHAK PENERBIT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DAN SELAMAT BERCUTI PADA HARI INI. DIHARAPKAN AGAR SEMUA UMAT ISLAM DAPAT MENJADIKAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK. AMALKANLAH SEGALA SUNNAHNYA DAN BERSELAWATLAH KE ATAS NABI MUHAMMAD SENTIASA.
Al-Fatihah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.............

Khutbah Jumaat:: Maulidur Rasul

Tarikh: 7 April 2006

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan kita perlu yakin bahawa Allah berjanji ganjaran pahala dan kejayaan besar kepada orang-orang yang taat akan tetap dilaksanakan oleh-Nya

Kaum muslimin yang berbahagia,
Pada hari Jumaat yang penuh rahmat ini sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa kebenaran serta membawa berita gembira bagi orang mukmin dan berita buruk bagi orang yang ingkar. Semoga selawat dan salam tercurah kepada nabi besar kita Muhammad SAW yang telah membawa amanah serta menyampaikan risalah kepada kita.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Sebagaimana yang kta sedia maklum bahawa setiap kali menjelang bulan Rabiul Awal yang dikenali dengan bulan Maulud. Umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan upacara memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagi umat Islam di negara kita Malaysia, mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi. Antara lain bertujuan untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ia memberi suatu pengertian yang bermakna demi keagungan baginda yang telah berjuang menanam imej Islam dalam masyarakat. Baginda tidak mengenal erti kepayahan dan kesengasaraan bahkan kepayahan inilah yang menjadi intipati kepada kecemerlangan Islam.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Oleh yang demikian, amat wajar bagi umat Islam seluruhnya memperingati hari bersejarah ini, iaitu hari kebesaran pemimpin agung yang telah membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan mengeluarkan dari alam kekufuran kepada nur hidayah yang mengesakan Allah SWT. Usaha-usaha yang dibuat oleh Rasulullah SAW melalui sifat-sifat baginda yang mulia itu telah membuatkan para bijak pandai dari kalangan Islam mahupun yang bukan Islam, para cendiakawan, para alim ulama' dari seluruh dunia telah bersepakat mengatakan riwayat hidup dan perjuangan Rasulullah SAW daripada kecil hingga akhir hayatnya adalah yang paling banya diperkatakan, ditulis, diteliti dan dikaji daripada segenap segi dan sesuai untuk dijadikan ikutan, panduan dan sebagai 'role-model' dalam usaha manusia membentuk muslim yang bertaqwa. Kita percaya bahawa jika kita menerima pakai atau mengikut sifat-sifat mulia yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW nescaya tidak akan wujud masalah dalam masyarakat, tidak pincang dalam pengurusan, tidak timbul pergaduhan keluarga dan lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Dalam kita memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW, apakah yang patut menjadi perhatian kita terhadap baginda? Antaranya yang kita perlu ambil perhatian terhadap Rasulullah SAW ialah kepimpinan baginda terhadap agama dan umat Islam yang mana ini menjadi suatu rahmat bagi kita sepertimana firman Allah SWT dari Surah Al-Anbiyaa, ayat 107. Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Antara rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah baginda Rasulullah dapat mendamai dan menyatupadukan masyarakat Arab Jahiliah yang biadap, bengis, kasar dan kejam kepada suatu masyarakat yang bersopan santun, berbudi bahasa dan berkasih sayang. Baginda Rasulullah dapat membawa masyarakat Arab Jahiliah ketika itu dari alam kekufuran dengan menyembah pelbagai berhala, kepada keimanan dan mentauhidkan Allah. Jelasnya rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu ialah agama Islam.

Kaum muslimin yang dimuliakan,
Selama 23 tahun Rasulullah SAW menyeru masyarakat Arab di kota Mekah dan Madinah kepada ajaran Islam dengan tidak berhenti-henti, seruan demi seruan akhirnya tertegaklah Islam ke seluruh dunia hinggalah sampai ke zaman kita sekarang ini. Alhamdulillah telah pun sama-sama kita rasai nikmat 'Iman dan Islam'. Selama 23 tahun Rasulullah SAW memupuk semangat perpaduan dan berkasih sayang sesama manusia, tetapi amat mendukacitakan kita kerana masih ada dari kalangan masyarakat kita kurang memahami prinsip perpaduan yang dikehendaki dalam Islam, menyebabkan perpaduan menjadi perpecahan, kasih sayang menjadi benci membenci dan sebagainya. Semua ini dapat dielakkan oleh umat manusia melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW".

Kaum muslimin yang dihormati sekalian,
Memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW bukanlah dengan hanya mengadakan majlis-majlis sambutan, ceramah-ceramah atau perarakan sahaja, malahan apa yang paling dituntut ialah sejauh mana kita menghayati dan mengikut segala ajaran serta amanah-amanah yan g telah disampaikan oleh rasul junjungan kepada kita. Kita kesal kerana terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab sanggup menghina nabi junjungan kita dan kita umat Islam seluruhnya mengutuk sekeras-kerasnya dengan perbuatan yang melampau ini. Kaum muslimin sekalian, telah jelas kepada kita Rasulullah SAW iaitu pemimpin agung dunia dan menjadi kewajipan kepada kita supaya mengambil pengajaran dengan menghayati kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah SAW melalui contoh-contoh dan tauladan uang telah disampaikan. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak".

INFO!!!

PUSAT GIATMARA MELAKA AKAN MENGADAKAN TEMU DUGA UNTUK MENCARI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENDALAMI ILMU KEMAHIRAN.
BORANG BOLEH DIPEROLEHI DI SEMUA PEJABAT MARA SELURUH NEGARA.
SESI PENGAMBILAN YANG SETERUSNYA ADALAH PADA BULAN JULAI NIE
SESAPE YG BERMINAT MASUK AR APE LG...
KORANG KENE BAYAR RM160 JE.
BKNNYE KORANG DAPAT ILMU JE,TIAP2 BULAN KORANG AKAN DAPAT ELAUN SEBANYAK RM100 SEBULAN...
MASUK JGN TAK MASUK.......

Cinta Poligon - Episod 4

Akmal menunggu di luar bilik kecemasan dalam keadaan yang serba tidak kena. Kejap duduk, kejap berdiri. Bermacam-macam perkara yang cuba dilakukannya tetapi semuanya serba tak kena. Malah, setiap jururawat yang keluar daripada bilik tersebut, ditanya Akmal akan keadaan isterinya. Tetapi jururawat-jururawat tersebut tidak berkata apa-apa. Akmal menjadi semakin risau. Tiada apa yang mampu dilakukan Akmal selain berjalan ke hulu ke hilir. Dalam keadaan Akmal yang kacau-bilau, telefonnya berdering. Nama Marzuki terpapar di telefonnya. "Hello mal, dengar cerita wife kau masuk hospital. How's she doing?" tanya Marzuki. "I don't know la, she's still in the emergency room. I'm so worried." jawab Akmal. "Just be strong! She'll be fine." kata Marzuki. "Thanks!" jawab Akmal. "Oklah, aku just nak bagi tahu yang aku tak boleh ikut kau pergi ambil Sobry la esok. Kau kirim salam kat dia sahaja lah and if you need anything, just call me.Bye, assalamualaikum." kata Marzuki. "Baiklah, Waalaikumussalam, thanks again." jawab Akmal.

Selepas beberapa minit Marzuki telefon, seorang Doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Semasa doktor itu keluar dari bilik kecemasan, Akmal dengan sepantas kilat pergi mendapatkan doktor tersebut. Akmal seperti tidak percaya dan terkejut kerana doktor yang berada di hadapannya itu ialah kawannya semasa di sekolah menengah, Rafhanah. "Hai Akmal, buat apa dekat sini?" tanya Rafhanah. "Isteri aku ada kat dalam ER ni, Alice." jawab Akmal. "Oh, isteri kau. Aku yang check dia tadi.Mari kita masuk dalam pejabat aku dulu, kita berbincang." kata Rafhanah. Mereka berjalan pergi ke pejabat Dr. Rafhanah. Setibanya di sana, Akmal bertanya kepada Rafhanah akan keadaan isterinya. "So Raf, how is she?" tanya Akmal. "Actually, your wife is fine." jawab Rafhanah. "But she had headaches and she vomits several times. Is that seems fine to you?" kata Akmal. "She just had a normal headache and about the vomit it's because she had food poisoning." jawab Rafhanah. "Thanks raf, lega aku dengar dia tak ada apa-apa. Boleh aku jumpa dia sekarang?" tanya Akmal. "Wife u tengah tidur sekarang, I think why don't we let her rest first." jawab Rafhanah. "Bila kau start kerja dekat sini? Sebelum ini aku tak pernah nampak pun." tanya Akmal. "Aku baru 2 bulan kerja dekat sini" jawab Rafhanah. "Oh ye ke? Oklah, I think I nak pergi kat wife I la." kata Akmal. "Ok, see you later. Assalamualaikum." ucap Rafhanah. "See ya, waalaikumussalam." balas Akmal.

Sementara itu, Marzuki sedang dalam kebuntuan untuk memikirkan cara untuk mengajak Olsen pergi melawat keluarga Marzuki. Sebenarnya, Marzuki sudah bertanya kepada Ashley Olsen tetapi Ashley tidak mahu ikut bersamanya. Katanya ada meeting dengan client dari luar negara. Marzuki tahu itu hanyalah alasannya. Dia tidak mahu memaksa Olsen. Semasa Marzuki dalam kebingungan itu, telefon Motorola nya berdering, Ashley Tisdale yang telefon. "Hello, what's up?" Marzuki menjawab telefonnya dengan suaranya macam orang yang tidak bermaya. "Are you ok?" tanya Tisdale. "Nothing, I'm fine." jawab Marzuki. "Are you sure? You seems like you have something in your mind. Is there anything that I can help?" tanya Tisdale kerisauan. "Nothing really, it's just a small matter." kata Marzuki. "Takkan dengan assistance sendiri pun tak boleh nak beritahu" desak Tisdale. "Ok fine, I tell you. This weekend I nak balik rumah parents I,

tapi Mak I suruh bawa Ashley Olsen sekali. The problem is she refuse to go, she said that she has a meeting with her client. So to make it short, apa my mom kata nanti kalau bakal menantu dia tak ikut sekali." kata Marzuki. "Just say that she's busy. Sure she'll understand." jawab Ashley Tisdale. "That's what I have in mind, anyway thanks. One more thing, about playing golf this weekend, I don’t think I can go. Sorry" balas Marzuki. "It's ok. Bye, take care. Have a nice weekend" kata Ashley Tisdale. "You too, bye." balas Marzuki.

Marzuki mengeluh kelegaan walaupun dia masih risau lagi. Tiba-tiba Marzuki terfikir, "Apa sebenarnya tujuan dia telefon aku. Adakah dia hendak memberitahu aku sesuatu. Tapi yang peliknya, kenapa apabila aku ada masalah mesti dia akan telefon. Seolah-olah macam dia ada muslihat lain. Astaghfirullah al-azim, apa yang aku fikirkan ini.

"Hello, mal." kata Sobry. "Hello sob, kau dekat mana ni. Dah sampai KLIA ke?" tanya Akmal. "Belum lagi la, aku dekat sini lagi." jawab Sobry. "La, kata balik hari ini. Kenapa, tak jadi balik ke?" tanya Akmal. "Yup, aku tak jadi balik hari ini, maybe next week sebab projek belum siap lagi. Aki pergi mana? Aku call dia tak dapat pun." tanya Sobry. "Oh, dia ada cakap dengan aku yang today dia balik rumah mak dia. Maybe dia off handphone dia kot, tak nak diganggu." jawab Akmal. "Oklah, aku nak bagi tahu itu sahaja. Kalau ada apa-apa, just give me a call." kata Sobry. "Baiklah tuan Sobry, bye. Assalamualaikum." jawab Akmal. "Bye, waalaikumussalam." jawab Sobry.

Marzuki tiba di rumah maknya, matahari pada ketika itu berada betul-betul 90* di atas kepalanya menyebabkan dia terasa sakit di kepala. Marzuki menjenguk beberapa kali di tingkap rumah yang pernah didiaminya dahulu, kelihatan tiada seorang pun di dalam rumah itu. Marzuki mencapai telefonnya yang berada di dalam keretanya dan mendail nombor telefon maknya. Panggilannya tidak dijawab. Begitu juga ayahnya. Marzuki mula berasa risau. Selepas lebih kurang 30 minit Marzuki tunggu di situ, Marzuki menghidupkan enjin keretanya dan hendak bertolak balik. Baru sahaja dia hendak keluar dari perkarangan rumah keluarganya itu, sebuah kereta berwarna maroon menghalang laluan keluar tersebut. Tidak syak lagi, kereta tersebut adalah milik keluarganya. Marzuki mematikan enjin keretanya.

The Driving Test

Idioms in context

Jenny was on her way to take her driving test and she was a bundle of nerves. Despite having got up at the crack of dawn to read her driving manual once more, she felt that she knew nothing. If only she had listened to her father. ‘It’s easier to get a job if you can drive,’ he had said offered to foot the bill for the lessons. ‘I’ll think about it,’ Jenny had replied and put the idea on the back burner for some time. When she left college and started job-hunting, she discovered that her father had hit the nail on the head. There were indeed more jobs available for drivers. One of her friends was a sales rep for a publishing company and Jenny had set her heart on getting a similar job. That meant getting a driving licence. With a great deal of encouragement from family and friend she plucked up enough courage to enrol for driving lessons. ‘Learning to drive is a piece of cake,’ Jenny’s brother kept saying, but she found it quite difficult. Although her instructor, Mr Black, we sure that she would pass with flying colours at her first attempt, she herself was not so confident. However, Mr Black was right. As Jenny came out of the test centre to meet her family, she was grinning from ear to ear. She had passed. Now she would be able to apply for the job – and get a company car.

Know the Meaning

  • Be a bundle of nerves – to be very nervous.
  • At the crack of dawn – very early in the morning.
  • Foot the bill – to pay (for something).
  • Put (something) on the back burner – to delay dealing with (something), to set (something) aside in order to attend to it later.
  • Hit the nail on the head – to be absolutely accurate or exact.
  • Set one’s heart on (something) –to be very keen to get or do (something), to want (something) very much.
  • Pluck up courage/screw up one’s courage – to force one to do something, although one might be feeling afraid or unwilling.
  • A piece of cake (informal) – something very easily to do.
  • With flying colours very easily and successfully.
  • Grin from ear to ear – to smile broadly, to look very pleased or happy.

Perhatian!

Perhatian kepada semua warga 5A1 sesi 2005!
Satu drama bersiri akan disiarkan di laman web blog saya bertajuk,

'Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul'

Sila ikuti drama ini seperi mana anda mengikuti drama 'Cinta Poligon'.

http://sighnomore2.blogspot.com

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merupakan sebuah persatuan seni silat Melayu yang memiliki ciri-ciri kedinamikan berdasarkan perkembangannya sejarahnya yang sahih dan sentiasa mengikuti arus semasa. Aspirasi ini sememangnya di dokong oleh pengasas PSSCM; Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan kini disambung oleh Tuan Haji Ishak Itam.

Sepanjang tahun 2003, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 102.1 juta kepada lapan kementerian khusus bagi membantu menjayakan aktiviti badan-badan bukan kerajaan - Non Government Organisations (NGO's). Pihak NGO's yang terlibat dengan tugas-tugas kesukarelaan dan kebajikan termasuklah badan-badan silat perlu melihat peluang ini sebagai satu bonus yang dapat meningkatkan kegiatan belia di negara.

Menurut statistik tidak rasmi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), terdapat kira-kira 3 juta pesilat di seluruh negara dengan 1.33 peratus atau 40 ribu daripadanya adalah ahli yang pernah mempelajari Silat Cekak. Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Bumiputera-Islam seramai 11.7 juta orang atau 50 peratus daripada keseluruhan 23.4 juta penduduk Malaysia.

Kerajaan terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menyalurkan bantuan kepada semua persatuan yang berperanan aktif di dalam memartabatkan kegiatan sukan dan belia di seluruh negara. Justeru, para belia Malaysia yang memiliki 'kekuatan' 49 peratus dari jumlah penduduk negara harus merebut peluang ini. Malah, Silat Cekak sememangnya telah lama menyokong segala aspirasi kerajaan menggalakkan kegiatan seni silat untuk melahirkan belia yang bersifat nasionalisme dan patriotisme.

Sehingga akhir 2002, terdapat sejumlah 33,530 buah badan induk NGO's di Malaysia dengan jumlah cawangan sebanyak 62,118 buah. Majoritinya terdiri dari cawangan-cawangan parti politik dan Sabah adalah negeri terbanyak mempunyai NGO's. PSSCM sebagai NGO yang tidak berorientasikan politik pula telah berjaya membuka 110 buah kelas di seluruh negara.

Namun, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua pihak sama ada ahli-ahli persatuan ataupun sokongan pihak kerajaan dan badan-badan swasta. Kejayaan PSSCM telah didasari oleh semangat persaudaraan selain dari kecekapan kepimpinan dan sistem tadbir-urus dalaman persatuan itu sendiri. Terdapat beberapa kriteria (measurement) pengurusan yang akan menentukan kejayaan PSSCM di masa akan datang.

Pertama, 'MANPOWER' atau sumber manusia. Faktor ini memberikan kekuatan kepada persatuan untuk menjalan segala aktivitinya dengan lancar melalui penyertaan masyarakat di dalam PSSCM dan segala aktivitinya. Penyertaan ini haruslah berdasarkan komitmen dan penerimaan setiap ahli terhadap setiap cabang kepimpinan di peringkat pusat, negeri serta IPTA/S. Seterusnya kesetiaan ini haruslah bersifat kekal (maintain) agar setiap ahli lama dan baru mampu berganding bahu menyemarakkan aktiviti Silat Cekak. Justeru, setiap ahli harus berpegang kepada prinsip berjasa kepada persatuan bukannya meminta dan mengharapkan balasan dari persatuan setelah berbakti. Secara langsung konsep ikhlas mampu dilahirkan.

Kedua, 'MONEY' atau wang. Faktor ini merupakan aspek terpenting sesebuah organisasi untuk menjalankan kegiatannya. Sebagai sebuah NGO's yang tidak berorientasikan keuntungan dan perniagaan, PSSCM mengharapkan sumbangan yang berterusan dari pihak kerajaan dan swasta serta ahlinya untuk menaja kegiatan persatuan. Kekukuhan sumber kewangan banyak menentukan kesinambungan sesebuah organisasi. Reputasi yang baik, keaktifan menjalankan program serta jumlah ahli yang ramai dapat meyakinkan pihak kerajaan memberikan bantuan sewajarnya kepada sesebuah organisasi.

Ketiga 'MANAGEMENT' atau pengurusan. Faktor ini meliputi aspek tadbir-urus (govern) sesebuah organisasi. Kecekapan, ketelusan, responsive terhadap dasar semasa kerajaan dan aspirasi ahli-ahli serta bersedia mengadaptasi segala perkembangan semasa menjadi kriteria utama yang akan meningkatkan reputasi dan penyertaan masyarakat terhadap sesebuah organisasi. Para ahli akan bersikap berpuas hati dan gembira jika pihak pengurusan organisasi sentiasa melakukan pembaharuan dan bijak menambat hati para ahli melalui aktivitinya. Dengan ini semangat kekitaan dan persaudaraan dapat diwujudkan.

Keempat 'MEDIA'. Umumnya terdapat dua bentuk media iaitu media massa dan media elektronik. Kedua-duanya merupakan medium yang amat berkesan di dalam menyampaikan mesej dan imej kepada masyarakat masa kini. Perkembangan ICT memperlihatkan penguasaan media dapat membantu meningkatkan reputasi dan promosi terhadap sesebuah organisasi melalui penyebaran maklumat. Sewajarnya setiap organisasi perlu mempertingkatkan kemudahan dan kelebihan teknologi semasa seperti laman web untuk berdaya saing.

Kelima 'METHOD' atau kaedah. Bagi PSSCM, ini meliputi pelbagai aspek kaedah perancangan, pengurusan, pengarahan, penyeliaan dan pengawalan segala aspek pentadbiran dan kewangan, kaedah penyampaian mesej kepada ahli sama ada secara verbal, cetakan atau ICT; kaedah mengekalkan penglibatan ahli; kaedah pengurusan konflik; kaedah menanamkan kefahaman terhadap perjuangan Silat Cekak, pengiktirafan Silat Cekak sebagai ko-kurikulum dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini haruslah bersifat terkini dan boleh disesuaikan (practical) dengan matlamat dan perjuangan Silat Cekak.

Keenam 'MECHANISM' atau mekanisme. Ini merupakan medium yang perlu dieksploitasi sepenuhnya oleh PSSCM untuk meningkatkan penyertaan para belia Melayu-Islam ke dalam Silat Cekak. Melalui institusi yang kukuh seperti persatuan, kelab, PESAKA, Rakan Muda, institusi pengajian negara seperti sekolah, kolej, maktab dan IPTA/S, Silat Cekak mampu berkembang pesat. Namun, ia haruslah bersesuaian dengan segala peraturan yang mendokongi dan didokongi institusi tersebut.

Ketujuh 'MATERIAL' atau peralatan. Peralatan ini merangkumi segala kemudahan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi bagi memudahkan ia menjalankan aktivitinya. Ini termasuklah institusi yang lengkap dengan kemudahan seperti rumah persatuan di peringkat pusat, setiap cawangan negeri, daerah dan institusi pengajian negara. Peralatan juga termasuk segala kemudahan yang boleh disediakan atau dimiliki dengan mudah sekiranya ia diperlukan seperti peralatan pejabat, audio-video, pengangkutan, penginapan dan sebagainya bagi menjayakan segala aktiviti persatuan.

Kesimpulannya, sesebuah organisasi perlu bersedia melaksanakan pembaharuan di dalam segenap aspek pengurusan dan pentadbirannya demi meningkatkan reputasi dan penyertaan masyarakat ke dalam organisasinya. Malah, setiap organisasi yang ingin berkembang maju harus memanipulasikan segala masalahnya sebagai cabaran. Manakala setiap peluang perlu dieksploitasi sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti organisasi di dalam membangunkan masyarakat dan negara. (BC)

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

Kerajaan telah membuat keputusan supaya calon-calon yang memohon mengikuti kursus perubatan di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2006 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikehendaki mengikuti program ini sebelum dipanggil menghadiri temuduga. Tujuannya adalah untuk mendedahkan calon-calon kepada realiti sebenar kerjaya kedoktoran. Program ini akan mengambil masa selama 3 hari bermula dari 29 hingga 31 Mac 2006.

Dua orang pelajar SMK Tun Perak telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka adalah Siti Rafhanah bt Saponit dan Yusri Arif bin Sapaee. Kami dengan ini mengharapkan agar anda semua dapat mendoakan kami berjaya melepasi ujian ini.

Tempat yang didedahkan adalah
  • Jabatan Kecemasan / Kemalangan (A&E)
  • Jabatan Pesakit Luar / Klinik Pakar
  • Jabatan Pembedahan / O&G / Orthopedik
  • On-Call (bagi hospital yang ada kemudahan sahaja)
  • Bilik Mayat
  • Lain-lain

Does English Have a Future

English is the language of international trade, and has more books, films and TV programmes published than any other language.

But in the twenty-first century there are changes taking place that may affect the global dominance of English. For example, in the twentieth century, western countries helped the spread of English. They were the strongest economies. Now Asian economies are growing in strength and want to promote their own cultures and languages.

Another threat to the English language’s position is old age. The rich countries are getting older or rather their populations are made up of more old people than young people. In the future young people with money to spend will be found in Asia and Latin America rather than Europe and the US. These young adults may want to express their desires in their own languages.

The Internet is another factor. Until recently English has been the main language of the Internet, but now there is just as much content in non-English languages.

English itself is changing all the time. This has been true for 1500 years, and is even more evident today. In the past English absorbed new words from other languages. Today the worlds of telecommunications and the Internet are rich sources of new vocabulary.

Speakers of English as a second language give it a life of their own. Here English develops in ways that reflect local culture and language. It becomes different from the English spoken in Britain or the US. In France the word ‘asap’ is ‘borrowed’ from English to mean ‘quickly’. There is no such word in English, but there is an abbreviation ASAP meaning ‘as soon as possible’.

Within the first decade of this twenty first century, the number of speakers of English as a second language will outnumber native speakers. At this point, will native speakers lose their authority over a language that is no longer theirs? Does this matter?

There are many possibilities for the future. We can imagine a world where English is simply an alternative language to Chinese and Spanish. These are languages that already have more native speakers (Chinese) or are very widely used across the world (Spanish). Or we can imagine a world where English has driven many of the world’s languages to extinction.

There are many factors affecting the English language, and they all seem to be pulling in different directions. One thing seems sure for the future of English: it will be important enough over the next decade for you to invest the time learning the language!

by Yolande Devere

Keputusan SPM 2005

Keputusan SPM tahun 2005 yang telah diumumkan pada 13 Mac 2006 yang lalu benar-benar telah menggemparkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak (SMKTP). Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Namun kepada yang tidak berjaya, jangan sesekali kecewa kerana "Usaha Itu Tangga Kejayaan". Pada tahun ini, seorang pelajar SMKTP telah berjaya mendapat 12A dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan English for Science and Technology (EST).

Keputusan Pelajar-pelajar SMKTP (Updated!!) adalah:

Setakat ini sahaja maklumat mengenai keputusan pelajar-pelajar SPM 2005. Kami berusaha mengemaskini jika terdapat maklumat terbaru mengenainya. Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklumat kepada kami (jika ada) melalui emel, fivereligionone05@yahoo.com. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan kami. Tahniah sekali lagi kepada pelajar-pelajar SMKTP yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Interviews: Interview Tip #3

3. Be Yourself

Now that we've gotten the first impressions out of the way, let's sit down and talk. Over drinks, or over notes that I am scribbling. For 15 minutes, or for 3 hours. In a sterile office environment, or in McD's Bangsar, or next to the pool in a condominium complex. I might be taping your reasons WHY you want to attend The Ivy University of So-and-So, or I might be making ambiguous "Uh-huh." or "Of course." comments, while filing my nails and yawning from time to time.

Interviews are all different, but each one you attend will have one constant: you. No matter what the environment or the interviewer is like, this is essential - you must always be yourself.

When I say "be yourself" I don't mean speak to the interviewer as you would speak to your buddies. He/She is NOT your buddy; they are a figure of authority and should be treated with respect and deference. What I mean by "be yourself" is to speak decisively, to clearly state what you mean and not to lie just because lies sound better than truth, and to be SINCERE.

If you really do not enjoy math, please do not cover up by proclaiming effusively your love for triple derivatives. Instead, be sincere about what you do like - art, chemistry, history, business - do not apologize for who you are because your acceptance into a college will be based on who you represent yourself as in the interview.

I know this sounds obvious, but when you are nervous and do not really have any idea what to say in an interview, you tend to err on the side of untruth. The interviewer may ask "Why do you want to do Economics? Do you like Math?" and, thinking about the fabulously low score you got on your last Math test, you blurt out "Yes!! I've always been very good at Math!!" And what would you say after that? Absolutely nothing - because you honestly do NOT like Math, you HATE it. How can you elaborate on your untruth? You would end up sounding insincere and unpassionate about your "dream" or "interest".

In situations like this, the best thing to do would be to calmly say "I don't really like Math that much, but I do enjoy the theoretical workings of economics and thinking about its application. I would love to work on public economy and government policy - which is the reason why I'm interested in the Econs major."

In a nutshell - don't try to be the perfect interviewee, because there is no such thing. You are different and unique in your own right, and the most perfect you can be is yourself.

Source: tinkosong.blogspot.com