SINOPSIS SABOR [ANTOLOGI KERUSI - T5]

Sabor dibawa oleh saudaranya, Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan kepada isterinya, Siti Saidah. Setelah beberapa hari di rumah Jibor, Siti Saidah terlalu berahi melihat Sabor. Siti Saidah juga pernah bermukah dengan jauhari, tetapi perbuatanya itu tidak diketahui oleh suaminya. Setelah dua puluh hari Sabor di rumahnya, cinta dan berahi Siti Saidah kepada sabor semakin berkobar-kobar. Pada suatu malam, Jibor memakan majun lalu tidur dengan nyenyaknya. Siti Saidah mengambil kesempatan ini untuk menggoda Sabor. Apabila Sabor terasa ada seseorang yang memeluk dan menciumnya, dia terjaga daripada tidurnya. Dia terkejut lalu memarahi Siti Saidah kerana menduakan suaminya. Sabor menyuruh Siti Saidah ingat akan Allah dan Rasulullah.

Siti Saidah memberitahu Sabor bahawa dia sangat cinta dan berahi akan serta meminta Sabor memenuhi hajatnya. Apabila mendengar kata-kata Siti Saidah, Sabor hampir tergoda, tetapi Sabor teringat akan pesanan Raja Damsyik. Sabor juga teringat akan firman Allah yang bermaksud “Hai segala kamu yang percaya akan Allah Subhanahu wataala, jangan kamu berbuat zina bahawasanya itu terlebih keji lagi jahat perbuatan”. Sabor bertambah takut dan bersyukur kerana Allah telah melindunginya daripada melakukan zina.

Sabor kemudian marah kepada Siti Saidah dan menasihatinya supaya takut kepada Allah dan malu kepada Rasulullah. Siti Saidah masih merayu dan mencumbui Sabor, tetapi Sabor tidak melayan kehendaknya. Justeru Siti Saidah mengancam akan membunuhnya. Siti Saidah sangat marah dan mendapatkan suaminya.

Siti Saidah memfitnah Sabor dengan mengatakan bahawa Sabor hendak memperkosanya. Apabila mendengar kata-kata isterinya itu, Jibor sangat marah dan meminta supaya Siti Saidah tidak menghebohkan perkara itu dan dia akan memikirkan cara terbaik untuk membunuh Sabor. Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom. Jibor mengupah empat orang sipahi (askar India) sebanyak seratus dinar setiap seorang supaya membunuh sesiapa sahaja yang memakai kopiah buatan Rom. Sebelum sembahyang fardu Subuh di masjid, Sabor terasa pening dan meninggalkan kopiah itu lalu diletakkan di mihrab. Apabila jauhari melihat kopiah itu, lalu diambil dan dipakainya, kemudian terus bersembahyang. Setelah itu datanglah empat orang askar India yang diupah oleh Jibor lalu memenggal leher jauhari yang disangkanya Sabor. Selepas itu, barulah Sabor sedar bahawa mungkin Siti Saidah yang memfitnah dirinya. Jibor berasa hairan melihat bukan Sabor yang mati, tetapi jauhari. Berdetik dalam hatinya bahawa mungkin Allah telah menyelamatkan Sabor kerana dia tidak bersalah.

SINOPSIS PUTERI LI PO [ANTOLOGI KERUSI - T5]

Drama Puteri Li Po berkisar tentang seorang puteri yang berasal dari Tanah Besar China, Puteri Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah, Sultan Melaka. Puteri Li Po yang berusia dalam lingkungan 18 tahun diberikan kepada Sultan Melaka sebagai hadiah persahabatan. Puteri Li Po merupakan isteri keempat Sultan Melaka. Ketabahan dan kesabaran Puteri Li Po dalam menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupannya ketika di Melaka, dianggap sebagai suatu kejayaan dan menunjukkan sifat kepahlawanan yang ada pada dirinya. Selain itu, Puteri Li Po juga telah berjaya menguasai bahasa Melayu walaupun masih baru menetap di situ.
Puteri Li Po mempunyai istananya sendiri. Beliau dibantu oleh dayang yang bernama Dang Wangi, Kembang China dan beberapa orang dayang yang lain. Sementara Tun Perpatih Putih dan Hang Jebat pula ditugaskan untuk mengambil tahu segala masalah yang dihadapi oleh Puteri Li Po. Sultan Mansor Syah pula jarang-jarang ke istana Puteri Li Po kerana dia beristeri empat.

Sifat kepahlawanan yang ditunjukkan itu menyebabkan Sultan Melaka menganugerahi Puteri Li Po gelaran “Hang”. Semasa penganugerahan itu, Puteri Li Po mohon Sultan menyampaikan salam hormat kepada Raja Cina bersama-samanya. Namun, Sultan enggan kerana bimbang Raja Cina mengalami ketulahan. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Puteri Hang Li Po. Atas dasar kasih kepada Puteri Hang Li Po, Sultan akur dengan kehendaknya. Rasa tidak puas hati Puteri Hang Li Po makin ketara dan terbawa-bawa hingga ke istananya. Puteri Hang Li Po menganggap Sultan Mansor cuba memalukannya. Namun begitu, baginda ditenangkan oleh Raden Galoh Cendera Kirana, isteri ketiga Sultan Mansor Syah yang menceritakan segala sebab dan akibat sembah tidak boleh dikirim kepada ayahanda baginda. Hal ini adalah kerana takut ayahanda baginda Puteri Hang Li Po terkena tulah Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah merupakan seorang sultan yang berdaulat. Hal ini dibuktikan apabila ayahanda Raden Galoh terkena penyakit gatal-gatal apabila sembah Sultan Mansor Syah dikirim kepada Maharaja Majapahit.

Akibat selalu kesepian dan kehausan belaian kasih sayang Sultan Mansor Syah, maka Puteri Hang Li Po telah menaruh perasaan terhadap Hang Jebat. Beliau jatuh cinta kepada Hang Jebat semenjak Hang Jebat datang ke negeri China dahulu. Namun begitu, cintanya terhadap Hang Jebat ditolak kerana Hang Jebat lebih menyayangi Dang Wangi. Hang Jebat juga tidak sanggup menderhaka Sultan Mansor Shah. Perasaan kasih Puteri Hang Li Po kepada Hang Jebat telah disuarakan oleh Dang Wangi kepada Hang Jebat ketika baginda sultan tidak bersemayam di istana kerana pergi berburu.

Puteri Hang Li Po yang sangat kecewa dan berasa malu itu asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Dia tidak mempedulikan makan dan minumnya. Hal ini menyebabkan Dang Wangi turut berasa susah hati dan memujuk Puteri Hang Li Po. Akhirnya, Dang Wangi terpaksa berterus terang bahawa dia dan Hang Jebat saling mengasihi.

Setelah mengetahui bahawa Dang Wangi turut menyayangi Hang Jebat. Puteri Hang Li Po menjadi marah dan Dang Wangi dihantar sebagai persembahan persahabatan Puteri Hang Li Po kepada Tuanku Permaisuri Nur Pualam supaya Dang Wangi bekerja di istananya pula. Tujuan Puteri Hang Li Po bertindak sedemikian adalah supaya Hang Jebat tidak selalu datang ke istananya kerana Puteri Hang Li Po berasa malu berdepan dengan Hang Jebat.

Peristiwa Hang Jebat menolak cintanya menyedarkan Puteri Hang Li Po tentang peranannya sebagai isteri Sultan Melaka. Beliau berazam mahu mempelajari segala adat resam di negeri Melaka dengan lebih mendalam. Puteri Hang Li Po mendapat khidmat daripada Kembang Cina.

Sekembalinya baginda sultan ke istana, baginda telah diberitahu akan dua berita gembira, iaitu dengan sembuhnya penyakit Maharaja China dan Puteri Hang Li Po telah hamil. Kegembiraan ini disambut dengan pesta selama tiga hari tiga malam.

CEMERLANG DALAM KELAS

Kadangkala kita berasa tidak bersemangat dan lesu apabila berada di dalam kelas. Sebaliknya, rakan-rakan yang lain begitu bersemangat dan memberikan fokus kepada pengajaran yang diberikan oleh guru. Kenapa hal ini berlaku? Bagaimanakah caranya untuk mengatasi ‘kelesuan’ ini? Mungkin petua-petua berikut akan dapat membantu anda.

1. Buat persiapan sebelum ke kelas. Baca seimbas lalu sub topik yang akan dibincangkan dalam kelas akan datang untuk mengetahui secara kasar kerangka bahagian tersebut. Apabila guru menyebut sesuatu yang baru, otak anda tidak berasa asing kerana sudah membuat persediaan lebih awal. Terlalu banyak ‘perkara asing dan baru’ boleh menyebabkan otak penat dan bosan. Persediaan awal membuatkan anda lebih ‘bersedia dan bijaksana”. Pepatah Greek ada menyebut, “Keajaiban bermula dengan kebijaksanaan”.

2. Baca doa sebelum kelas bermula. Bacalah doa penerang hati dan banyak selawat sebelum kelas bermula. Cara ini dapat menenangkan hati dan menyediakan otak yang ‘bersedia’ untuk memberi tumpuan. Sebutkan saranan-saranan positif semasa doa seperti, “Saya seorang yang memberi tumpuan”, atau “Saya tidak suka tidur di dalam kelas”, atau “Saya pelajar yang cemerlang dan hebat”.

3. Beri perhatian, mungkin topik itu akan menjadi soalan peperiksaan. Tidak mustahil apa yang diajarkan oleh guru pada hari ini akan menjadi soalan penting dalam peperiksaan nanti. Mungkin juga menjadi soalan yang bakal ‘menyelamatkan’ anda daripada tercorot dalam prestasi pelajaran. Oleh itu, kenapa tidak anda luangkan sedikit masa untuk mendengar dan memberi perhatian? Bukannya lama, hanya antara 30 minit hingga ke satu jam sahaja.

Teacher Daslina On TV??



Yes it is. Teacher Daslina had participated in Kunci Khazanah hosted by Azhar Sulaiman
But she can't make it to round two.

It's ok as long as she tried her best

1ST JULY 2005

1st July, I thought this new month will bring a good luck of something. I was wrong. Today, after we all had recited Yasin at surau and after all announcement had been made, teacher called students that were not wearing 'baju melayu' (we suppose to wear 'baju melayu' on friday). Those who not wearing baju melayu came out. So, those that have no problem can go back to their classes. Suddenly, someone called all the boys at my class to go down at assembly place. Actually, all the boys in my school were called by the teacher. At that time, I have no idea what was happening. Then, I heard someone talking to their friend about all this nonsense meeting. Guess what?? Someone lost their 'samping'. So what? 'That have nothing to do with me', I said in my mind. I have chemistry class now! Before that, when we were reciting the Yasin at Surau, three $#@^% boys were caught at toilet. I dont know what they did in toilet, all I can say is they were doing something. We go back to the 'samping' thing. The boys who lost their samping claimed that someone stole their 'samping'. The boys were hostellers. So, the checking began, our class was 1st. I thought they were only checking for the 'samping'. But all students that don't have their name on the 'samping' were also been caned. So I accepted the caned with angry feeling in my heart. I know that I can't hate teacher, that's why I be patient. Luckily, I was not caned so hard but it was pain also. One of my friend were caned a little bit hard. I feel pity for him. One that I'm not satisfied is why the outsider were caned to? Why dont the teachers ask or just checking the 'samping'? This is unfair!! Then after all of this finished, I entered the chemistry class with a smile on my face although in my heart that like an nuclear bomb that is going to explode. But my mad was not reach the maximum yet. I'm glad i can make it. If this incident happen again, i don't think I can make it. But all of this were over.

This memory will not be gone...........
although some people said.....

Lets bygone be bygone

Akmal's Update

Today sepatutnya hari yang paling best.
Tapi dirosakkan apabila I arrived at my school.
Mula-mula ada majlis baca Yaasiin.
Pastu ada mamat report kat cikgu kata kain sampingnya hilang.
Lantak dia lah.
Tapi dia kata lokar dia pecah.Budak yang buat.
Pastu apa lagi terus ade lah majlis spotcheck.
Masa tu masa Kimia pulak.
Bengang aku.
Tak tau aku kain samping mesti tulis nama.
Takut hilang.
Aku terkejut bila tau siapa punya samping takde nama......
akan dirotan !!!
Aku pun kata relax lah.
Ini hal bebudak hostel.
Outsiders takkan kena rotan punye.
Tapi tak seperti yang disangka.
Outsiders pun kena.
Bodoh punye budak yang hilang kain samping !!!!
Tau kenapa ???
Aku kena rotan paling kuat..............ADOI !!!!!
Cam kat prison.
Aku frust giler nie.
Pasal tu lah aku blogging.

Eh.....terlupa pulak !!!!!!!!!!
Rasanya ada orang syak aku yang undi nama Arifah.
Khabar angin je tu.
Siapalah orangnye tuuuuuuuuuu...........
Main cakap je.

Okay,that's enough for today.
Bye........