Musim Panas,Perperiksaan dan Cuti...

Assalamualaikum wbt kpd semua.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana blog ini sudah lama tidak dikemaskini.Hari demi hari,tugas semakin banyak dan makin berat.Makin sibuk dibuatnya.Sekarang ini hampir keseluruhan mahasiswa di Mesir sedang menduduki perperiksaan akhir musim panas.Kemudian cuti le...Kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa persoalan tentang isu-isu semasa di mesir bolehlah add email saya di yahoo messenger.AKML88@yahoo.com.Saya akan cuba merungkaikan persoalan yang berlegar dalam diri anda.Isu berkaitan pelajar Malaysia di Mesir sering menjadi tumpuan rakyat di Malaysia.Saya masih dalam perancangan untuk membuat sebuah blog baru.Blog ini akan memuatkan hasil-hasil kajian falsafah khususnya memandangkan bidang ini yang akan menjadi tumpuan kajian saya dalam fakulti theology.Cuti hampir bermula dan ramai yang akan pulang ke tanah air..Seronoknya.Kepada rakan-rakan di Malaysia dan serata dunia khususnya bekas pelajar Smk Tun Perak,wajah-wajah anda sering bertandang di minda saya.Teruskan Perjuangan masing-masing.Semoga Allah memberkati kalian..

"Tanamkan dalam diri kamu sifat kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W "-Al Muhaddith Syeikh Ibrahim Abdul Baith Al Husaini Al Kattani

Alhamdulillah pada selasa lepas 20 Oktober 2009 bersamaan 1 Zulkaedah 1430H Majlis Pembacaan Kutub Sittah-Sohih Al Bukhari telah melabuhkan tirainya bagi siri yang pertama.Majlis yang berlangsung selama empat hari ini telah mengadakan penutupannya di Nasr City Sporting Club(NCSC).Majlis ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan mahasiswa pengajian Islam dan perubatan Malaysia,Singapura dan Brunei Darussalam.



Kelihatan para masyaikh besemangat memberikan kalam-kalam mutiara kepada para mahasiswa.Kelihatan juga beberapa orang mahasiswa yang tidak dapat menahan sebak apabila mendengar kalam-kalam para masyaikh Al Azhar.

Al Muhaddith Syeikh Ibrahim Abdul Baith Al Husaini Al Kattani


Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Mufti Besar Mesir,Syeikh Prof Dr Ali Jumah Muhammad Asy-Syafie.Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan di Dar Al Ifta(Pusat Pemfatwaan) beliau sempat meluangkan masa melawat anak-nak Malaysia yang dahagakan ilmu pengetahuan.Beliau kemudiannya menyampaikan muhadharah(mcm kuliah la..) khas mengenai Sohih Al Bukhari.

Pemangku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) Ust Shahrizan Mohd Hazimin menyerahkan logo persekutuan kepada mufti mesir,Dr Ali Jumah.




Syeikh Ibrahin dan Syeikh DR Usamah sedang menjamu selera


Tahniah buat penganjur majlis ini.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.Semoga siri yang seterusnya dapat diadakan pada masa yang akan datang.Insya Allah..


Muhammad Akmal Bin Zainal Abidin,
Cairo,Arab Republic of Egypt.

sumber:

www.pmram.org
kutubsittah-pmram.blogspot.com

Kenyataan Rasmi Markaz Penyelidikan dan Hasil Kajian Ilmiah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(MANHAL-PMRAM) mengenai Isu Pemakaian Niqab(purdah)

Dipetik dari hairulnizammathusain.blogspot.com

Banyak orang macam still nak salahkan al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Hasil temuramah majalah al-Musowwar dengan beliau menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan meminta pelajar wanita yang masih kecil itu untuk membuka purdah. Ini kerana beliau terperanjat ada pelajar perempuan yang memakai purdah di dalam bilik kelas yang hanya ada pelajar perempuan.

Suka untuk mendedahkan kepada para pembaca bahawa kelas di dalam sekolah rendah, menengah dan universiti al-Azhar tidak mencampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Maka diharap masyarakat Malaysia tidak terlalu cepat dalam membuat kesimpulan berbaur negatif terhadap al-Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi.

Saya sertakan di bawah kenyataan rasmi MANHAL PMRAM.

Sumber: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=704:kenyataan-rasmi-manhal-pmram-isu-pemakaian-niqabpurdah&catid=8:isu-semasa&Itemid=70

*******************

Berikut adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

c) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

d) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

e) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.


4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

a) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

b) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

c) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

d) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

e) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin